Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Panglima TLDM Harap K’jaan Perpaduan Tingkat Bajet Keselamatan1.5 Peratus KDNK

Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap penambahan peratusan Bajet Keselamatan kepada 1.5 peratus daripada KDNK negara itu dapat dilaksanakan secara berperingkat supaya ia selari dengan lanskap pertahanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa yang semakin mencabar ketika ini.

0 1,975

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berharap kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik dapat meningkatkan Bajet Keselamatan  kepada 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, berbanding sekitar 1 peratus pada ketika ini.

Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap penambahan peratusan Bajet Keselamatan kepada 1.5 peratus daripada KDNK negara itu dapat dilaksanakan secara berperingkat supaya ia selari dengan lanskap pertahanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa yang semakin mencabar ketika ini.

“TLDM turut berharap kerajaan baharu ini dapat menyelaraskan bajet keselamatan daripada 1 peratus kepada 1.5 peratus (daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar) secara berperingkat, agar keupayaan pertahanan dapat disesuaikan dengan senario lanskap keselamatan.

“Cadangan bajet itu akan dipanjangkan kepada  Perdana Menteri dan kerajaan  baru,” katanya sebagaimana dipetik sebagai berkata oleh BERNAMA lagi di Kota Kinabalu hari ini.

Sementara itu Mohd Reza yang akan bersara tidak lama lagi juga berharap kerajaan persekutuan yang baru di bawah Anwar dapat mempertimbangkan keperluan TLDM terutamanya berkenaan program pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) dan program Batch Kedua kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS).

Kereta Kebal
PT-91M “Pendekar”

 

Beliau berkeyakinan bahawa kerajaan dapat menyediakan aset-aset serta kelengkapan kritikal pada TLDM secara berperingkat.

Mohd Reza sebelum ini dilaporkan berkata bahawa fasa mobilisasi kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) akan hanya selesai pada Disember tahun ini, dengan pembinaan keenam-enam buah kapal perang itu diharap dapat bermula semula pada awal tahun depan.

Beliau berkata rundingan dengan Original Equipment Maker (OEM) dan vendor-vendor yang terlibat dengan pembinaan kapal-kapal LCS berjalan dengan baik.

TLDM amat memerlukan kapal-kapal LCS itu  bagi menyokong strategi pertahanan maritim negara dan meneruskan semula pembinaan kapal-kapal itu akan meningkatkan dan membangunkan keupayaaan pertahanan maritim negara.

Kementerian Pertahanan dijangka akan memulakan projek pembinaan lapan buah kapal LMS Batch Kedua pada tahun ini, dengan peruntukan berkemungkinan diberi untuk memulakan pembinaan tiga buah kapal LMS dahulu.

Hornet
Pesawat F/A-18D Hornet TUDM (credit to the owner of the pix)

 

Perolehan kapal-kapal LMS Batch Kedua itu dikategorikan oleh Angkatan Tentera Malaysia sebagai “kritikal dan perlu diberikan keutamaan yang tinggi.”

Angkatan Tentera Malaysia turut mendaftarkan projek perolehan kapal Littoral Mission Ship dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi tahun 2023,” kata Panglima Angkatan Tentera  Jen Tan Sri Affendi Buang ketika ditemui media tempatan baru-baru ini.

RMK-12 merupakan pelan pembangunan lima tahun yang bermula pada 2021 sehingga 2025.

Menurut PAT lagi, TLDM berpandangan perolehan sebanyak lapan buah kapal LMS Batch Kedua itu perlu dilaksanakan seiring (concurrent) dengan pembinaan lima buah Littoral Combat Ship (LCS) yang sedang berlangsung pada ketika ini.

 Difahamkan beberapa syarikat pembuat kapal dalam dan luar negara telah pun mengadakan pertemuan dengan TLDM dan menyatakan minat mereka untuk memenuhi keperluan TLDM untuk mendapat kapal LMS.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Antaranya adalah syarikat-syarikat daripada Turki, Korea Selatan,China, Belanda dan dalam negara, Malaysia.

Berlainan dengan empat buah kapal LMS Batch Pertama yang hanya dilengkapi dengan sistem persenjataan ringan seperti meriam ringan, kapal-kapal LMS Batch Kedua bakal dilengkapi dengan sistem persenjataan yang lebih berkuasa.

Cadangannya adalah supaya kapal-kapal LMS Batch Kedua ini dilengkapi dengan sistem persenjataan seperti peluru berpandu anti kapal “Naval Strike Missile” (NSM) yang dibangunkan oleh firma Kongsberg serta sistem peluru berpandu pertahanan udara. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

Comments
Loading...