Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Bakal Terima RM2. 4 Bilion Untuk 3 Kapal LMS

Laporan daripada "Janes" mengatakan TLDM akan menerima peruntukan sebanyak RM2. 4 bilion bagi memulakan perolehan tiga buah kapal LMS Batch Kedua, dengan setiap kapal dianggar bernilai RM800 juta.

0 7,720

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikatakan bakal menerima peruntukan sebanyak RM2. 4 bilion (US$524.84 juta) bagi membolehkannya memperolehi tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch Kedua.

Ini bermakna setiap sebuah daripada tiga buah kapal LMS Batch Kedua itu dianggarkan bernilai RM800 juta.

Jika setiap sebuah kapal LMS Batch Kedua bernilai RM800 juta, maka keseluruhan peruntukan untuk membina lapan buah kapal LMS Batch 2 itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM6. 4 bilion.

LMS
Rekabentuk Damen Sigma 9113 yang dicadangkan untuk program LMS Batch 2 TLDM.

 

Menurut portal pertahanan antarabangsa “Janes”, TLDM akan diberikan peruntukan itu pada Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan oleh kerajaan pada 7 Oktober depan.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan merancang untuk memperolehi lapan buah kapal LMS Batch Kedua untuk TLDM bagi menambah empat buah kapal LMS Batch 1 kelas-Keris yang telah diperolehinya sebelum ini.

Dokumen yang diperolehi oleh Janes menyatakan bahawa peruntukan dicadangkan di bawah Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia Ke-12 untuk tempoh daripada 2021 hingga 2025.

Pembinaan kelapan-lapan buah kapal LMS Batch Kedua itu bakal dilaksanakan sehingga Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).

Baru-baru ini, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata perolehan kapal-kapal LMS Batch Kedua itu dikategorikan sebagai “projek kritikal dan perlu diberikan keutamaan yang tinggi.”

LMS
Tiga daripada empat kapal LMS Batch 1 milik TLDM yang dibina oleh syarikat China, CSOC.

 

Menurut PAT lagi, TLDM berpandangan perolehan sebanyak lapan buah kapal LMS Batch Kedua itu perlu dilaksanakan seiring (concurrent) dengan pembinaan lima buah Littoral Combat Ship (LCS) yang sedang berlangsung pada ketika ini.

Berlainan dengan empat buah kapal LMS Batch Pertama yang hanya dilengkapi dengan sistem persenjataan ringan seperti meriam ringan, kapal-kapal LMS Batch Kedua bakal dilengkapi dengan sistem persenjataan yang lebih berkuasa.

Cadangannya adalah supaya kapal-kapal LMS Batch Kedua ini dilengkapi dengan sistem persenjataan seperti peluru berpandu anti kapal “Naval Strike Missile” (NSM) yang dibangunkan oleh firma Kongsberg serta sistem peluru berpandu pertahanan udara.

NSM
Pelancaran peluru berpandu anti-kapal “NSM” daripada kapal LCS Tentera Laut Amerika Syarikat.

 

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan meriam-meriam berat dan ringan serta kemungkinan helikopter bagi force multiplier.

Kapal-kapal LMS Batch Kedua yang bakal dibina itu adalah lebih panjang lebih 100 meter dengan berat kira-kira 2,000 tan bagi membolehkannya dilengkapkan dengan pelbagai peralatan, berbanding kapal-kapal LMS Batch Pertama yang hanya memiliki berat tidak melebihi 100 meter dan berat sekitar 700 tan.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Empat buah kapal LMS Batch 1 kelas-Keris yang dibina di China hasil kerjasama di antara firma  Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China.

Empat kapal LMS TLDM iaitu KD Sundang ditauliah pada 5 Mac tahun lepas, KD Badik (20 Okt 2021), KD Keris (15 April 2019) dan KD Rencong (28 Jan 2022). – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...