Tentera Udara Pakistan Dilapor Mahu Peroleh AIM-120D AMRAAM Untuk F-16 Block 52 Miliknya
Tentera Udara Pakistan dilapor mahu mendapatkan varian peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120D AMRAAM bagi menggantikan AIM-120C-5 AMRAAM yang digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang F-16 miliknya itu yang diperolehi pada tahun 2010..
Panglima Tentera Udara Pakistan Air Chief Marshal Zaheer Ahmed Baber Sidhu kini berada di Amerika Syarikat untuk lawatan kerja bersama delegasi pegawai-pegawai kanan, lawatan pertama untuk Panglima Tentera Udara Pakistan ke Washington dalam satu dekad.
Lawatan ACM Zaheer Ahmed itu menimbulkan spekulasi bahawa Tentera Udara Pakistan sedang melobi Amerika Syarikat untuk membekalnya dengan varian terkini peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM untuk dioperasikan oleh 18 buah pesawat pejuang F-16 Block 52.
Tentera Udara Pakistan dilapor mahu mendapatkan varian peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120D AMRAAM bagi menggantikan AIM-120C-5 AMRAAM yang digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang F-16 miliknya itu yang diperolehi pada tahun 2010..
Dalam satu kenyataan, Tentera Udara Pakistan (PAF) berkata bahawa lawatan Panglima Tentera Udara Pakistan itu bertujuan untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan dua hala antara kedua-dua negara itu.
Sepanjang lawatannya, Zaheer Ahmed telah bertemu dengan pemimpin kanan tentera dan awam Amerika Syarikat, termasuk Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat, Jeneral David W. Allvin, serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Setiausaha Bawah Tentera Udara bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Kelli L. Seybolt.
“Lawatan berprofil tinggi ini merupakan satu pencapaian strategik dalam kerjasama pertahanan Pakistan-Amerika Syarikat dan terbukti berperanan penting dalam memperkukuh hubungan institusi selain membincangkan isu-isu keselamatan serantau dan global yang utama,” kata Angkatan Tentera Pakistan sambil menambah bahawa perbincangan turut merangkumi aspek kebolehoperasian bersama, inisiatif latihan bersama dan peluang untuk pertukaran teknologi.
Peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120D AMRAAM merupakan antara sistem senjata berpandu Beyond Visual Range (BVR) paling canggih yang digunakan oleh pelbagai tentera udara di seluruh dunia termasuk Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF).

Dikenali dengan keupayaan menyerang sasaran dari jarak jauh, AIM-120D adalah versi termaju dalam keluarga Advanced Medium-Range Air-to-Air Missile (AMRAAM) yang direka untuk mengekalkan kelebihan udara terhadap pesawat musuh.
Antara keistimewaan AIM-120D termasuk jarak serangan maksimum yang dilaporkan melebihi 160 kilometer, bergantung kepada altitud pelancaran dan kelajuan platform pesawat.
Ini membolehkan juruterbang melancarkan serangan ke atas sasaran sebelum dapat dikesan oleh radar lawan.
Peluru berpandu ini dilengkapi sistem pemanduan aktif radar (active radar homing) yang membolehkannya memburu dan mengunci sasaran secara autonomi selepas dilancarkan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pesawat induk untuk panduan lanjut.
Selain itu, AIM-120D turut menampilkan sistem pautan data dua hala (two-way data link) yang membolehkan peluru berpandu menerima kemas kini sasaran secara langsung daripada pesawat penembak atau pesawat kawalan dan amaran awal (AWACS) ketika ia sedang menuju ke arah sasaran.
Gabungan teknologi navigasi GPS terkini juga meningkatkan ketepatan dan kebolehpercayaan AIM-120D, menjadikannya senjata serba boleh untuk operasi udara-ke-udara pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan cuaca.
Setakat ini, peluru berpandu AIM-120D AMRAAM telah diintegrasikan ke pelbagai platform tempur moden seperti F-22 Raptor, F-35 Lightning II, F/A-18 Super Hornet dan Eurofighter Typhoon, membuktikan kebolehannya di medan sebenar.
Dengan kemajuan teknologi ini, AIM-120D terus menjadi elemen penting dalam strategi pertahanan udara bagi negara-negara yang menekankan dominasi ruang udara dalam menghadapi cabaran keselamatan masa kini.

erolehan 18 buah pesawat pejuang F-16 Block 52 oleh Tentera Udara Pakistan (PAF) merupakan antara langkah strategik terpenting dalam memperkukuh keupayaan tempur negara itu di rantau Asia Selatan.
Pesawat pejuang F-16 Block 52, yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Amerika Syarikat Lockheed Martin, adalah antara varian F-16 paling moden dengan pelbagai naik taraf teknologi avionik, radar, persenjataan dan sistem peperangan elektronik.
Pembelian ini dilaksanakan menerusi pakej perjanjian Kerajaan dengan Kerajaan (G-to-G) bersama Amerika Syarikat dan dihantar secara berperingkat ke Pakistan bermula pada 2010.
Pesawat generasi keempat ini dilengkapi radar AN/APG-68(V)9 yang memiliki jarak pengesanan lebih jauh berbanding varian F-16 terdahulu, sekali gus membolehkan juruterbang mengesan dan menjejak sasaran udara dengan lebih pantas dan tepat.
Selain itu, F-16 Block 52 PAF ini juga mampu membawa peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana AIM-120 AMRAAM, peluru berpandu jarak dekat AIM-9 Sidewinder serta pelbagai jenis bom panduan laser, meningkatkan fleksibiliti misi sama ada untuk pertempuran udara mahupun serangan ke atas sasaran darat.
Pesawat-pesawat ini ditempatkan di pangkalan udara strategik dan sering terlibat dalam latihan bersama dengan negara-negara sekutu Pakistan, termasuk Amerika Syarikat dan Turkiye, bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan juruterbang dan krew penyelenggaraan.
Perolehan F-16 Block 52 ini juga telah membolehkan PAF mengekalkan keseimbangan kuasa udara dengan Tentera Udara India (IAF), terutama dalam konteks persaingan ketenteraan yang kian sengit di rantau Asia Selatan.
