Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua Kapal Peronda Kelas-Kedah Bakal Dilengkapi Peluru Berpandu NSM

Rancangan melengkapkan dua buah kapal peronda kelas-Kedah dengan peluru berpandu NSM yang dibangunkan oleh firma pertahanan Norway, Kongsberg dijangka menelan belanja sebanyak RM214 juta.

0 4,160

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Laporan daripada majalah pertahanan antarabangsa, Janes hari ini mengatakan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merancang untuk melengkapkan dua buah kapal peronda generasi baru kelas-Kedah dengan peluru berpandu “Naval Strike Missile” (NSM) yang dibangunkan oleh firma pertahanan Norway, Kongsberg.

Rancangan melengkapkan dua buah kapal peronda kelas-Kedah dengan peluru berpandu NSM dijangka menelan belanja sebanyak RM214 juta.

Menurut Janes lagi, rancangan TLDM itu dicadang dilaksana dibawah “Rolling Plan 4” dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) yang akan dibiayai menerusi Belanjawan Tahun 2024.

Kelas kedah

TLDM mengoperasikan enam buah kapal peronda generasi baru kelas-Kedah yang diterimanya bermula daripada tahun 2006 hingga 2010.

Pada ketika ini kapal peronda itu hanya dilengkapi dengan persenjataan meriam 76mm sebagai meriam utama, meriam 30mm dan mesingan 12.7mm.

Defence Security Asia pernah melaporkan sebelum ini tentang cadangan untuk melengkapkan kapal-kapal peronda kelas-Kedah dengan peluru berpandu NSM dan nampaknya harapan untuk melihat kapal “Fitted For But Not With” itu akhirnya dilengkapkan dengan peluru berpandu hampir menjadi kenyataan.

Harapannya adalah kesemua keenam-enam kapal peronda kelas-Kedah itu akan dilengkapkan dengan peluru berpandu.

Bukan sahaja LCS (apabila ia siap kelak) akan dilengkapi dengan peluru berpandu NSM, tetapi kapal-kapal peronda kelas-Kedah dan kapal-kapal Littoral Mission Ship Batch 2 juga akan dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal yang sama.

NSM

Direkabentuk berdasarkan rekaan kapal korvet Meko 100 oleh syarikat Blohm + Voss, terdapat harapan ketika ia mula dilancarkan bahawa kapal-kapal peronda kelas-Kedah seberat lebih 1,800 tan milik itu akan dilengkapi dengan peluru berpandu.

Namun selepas lebih daripada 20 tahun perkhidmatan kapal-kapal peronda kelas-Kedah itu masih tidak dilengkapi dengan sebarang sistem persenjataan selain daripada meriam.

Dalam satu temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris pada tahun lepas, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata perkhidmatan itu sedang mengkaji pelbagai opsyen berkenaan kapal peronda kelas-Kedah itu.

“Pada ketika ini, TLDM telah melihat pelbagai opsyen untuk menaiktaraf kemampuan kapal peronda generasi baru itu untuk menjadi plafform peluru berpandu.”

Kelas Kedah

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Bagaimanapun, kajian mendalam perlu dilaksanakan untuk menentukan sama ada kemampuan peluru berpandu itu akan selari dengan objektif kapal kelas ini,” kata beliau sebagaimana dipetik di dalam temuramah dengan majalah pertahanan itu.

Peluru berpandu anti-kapal NSM ini memiliki berat keseluruhan lebih 400kg dengan kelajuan subsonic yang tinggi iaitu diantara 0.7-0.9 Mach dan jarak operasi lebih daripada 185km.

Ia bukan sahaja boleh membedil kapal-kapal perang musuh di lautan tetapi dengan “Autonomous Target Recognition” (ATR), peluru berpandu NSM ini juga boleh memusnahkan sasaran di daratan dengan tepat.

NSM ini adalah peluru berpandu yang pasif, sea-skimming dengan kemampuan maneuver yang tinggi bagi membantunya menewaskan sistem-sistem pertahanan udara musuh.– DSA

 

Comments
Loading...