Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Memadaikah Sekadar Enam Helikopter Penyerang Ringan MD530G?

Nampaknya negara-negara jiran dengan bajet pertahanan yang lebih besar sememangnya lebih ke hadapan di dalam aspek perolehan helikopter penyerang yang lengkap berbanding kita, yang bergerak amat perlahan dalam aspek ini (sebagaimana perolehan-perolehan aset pertahanan yang lain) disebabkan faktor kekangan kewangan.

4,382

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Keenam-enam buah helikopter penyerang ringan MD530G buatan firma Amerika Syarikat, MD Helicopters telah pun tiba di Malaysia pada bulan Februari yang lalu (setelah sekian lama menunggu) dan kini sedang menjalani Final Acceptance Test (FAT) sebelum ditauliahkan dalam Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Kontrak perolehan enam buah helikopter bernilai lebih daripada RM300 juta telah ditandatangani pada 2016 dan ia mengambil masa enam tahun yang “amat panjang” sebelum helikopter penyerang ringan berkenaan “menjejakkan kakinya”  di Malaysia.

Mengapa kita memilih MD530G Light Attack Helicopters (LAH) dan bukan helikopter penyerang yang lengkap (full fledged attack helicopters) seperti AH-64 Apache atau T129 “ATAK” sebagaimana yang digunakan oleh negara-negara jiran kita.

MD530G

Mungkin Kementerian Pertahanan mempunyai pemikiran tersendiri di sebalik keputusannya memilih helikopter penyerang ringan dan bukan helikopter penyerang yang lengkap, atau mungkin pemikirannya dibatasi oleh faktor kewangan yang terhad.

Dengan bajet pertahanan yang terhad, helikopter MD530G memang “memadai.”

Singapura dan Indonesia lebih berkemampuan berbanding Malaysia untuk menggunakan helikopter penyerang AH-64 Apache manakala Filipina pula baru sahaja menerima dua daripada enam helikopter T129 “ATAK”  dan Myanmar pula menggunakan helikopter bersenjata buatan Russia jenis Mil Mi-24 “Hind.”

Thailand pula selain menggunakan helikopter penyerang tujuh buah AH-1F Cobra,negara jiran kita itu juga bakal memperolehi helikopter penyerang ringan AH-6i daripada syarikat Boeing.

MD530G

Nampaknya negara-negara jiran dengan bajet pertahanan yang lebih besar sememangnya lebih ke hadapan di dalam aspek perolehan helikopter penyerang yang lengkap berbanding kita, yang bergerak amat perlahan dalam aspek ini (sebagaimana perolehan-perolehan aset pertahanan yang lain) disebabkan faktor kekangan kewangan.

Mengapa kita enggan memperolehi helikopter penyerang lengkap sebagaimana negara-negara jiran yang lain dan hanya mempertaruhkan helikopter penyerang ringan untuk  memenuhi kehendak operasional kita?

Ada yang mengatakan bahawa, memandangkan keenam-enam buah helikopter MD530G itu akan beroperasi di timur Sabah, maka kemampuan helikopter penyerang ringan itu adalah sudah “mencukupi” untuk menangani ancaman dan cabaran keselamatan di kawasan itu.

Apache
Helikopter penyerang Apache Singapura

 

Penyokong-penyokong kepada pendapat itu mungkin berpendapat helikopter penyerang lengkap seperti Apache atau T129 ATAK di timur Sabah adalah “overkill” memandangkan MD530G atau helikopter penyerang ringan sudah memadai untuk menjalankan tugasnya.

Ujian sebenar akan hanya menentukan sama ada helikopter penyerang ringan seperti MD530G “memadai” untuk menjaga keselamatan di timur Sabah.

Atau kuasa diplomasi sudah “memadai” untuk mengelak Malaysia daripada terus diceroboh.

Apache
“Apache” Indonesia

 

Diharapkan apabila berlakunya ujian sebenar, helikopter MD530G adalah benar-benar “memadai” dan dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Selain keupayaannya yang “memadai”, kos juga memainkan peranan dalam kita membuat keputusan untuk memilih helikopter penyerang ringan dan bukan helikopter penyerang yang lengkap.

Apa nak buat, bajet pertahanan kita yang kecil telah membataskan pilihan kita. “Beggars cannot be choosy.”

T129 ATAK
T129 ATAK milik Filipina

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Menteri Pertahanan di dalam Dewan Rakyat beberapa hari lepas mengatakan sebuah MD530G berharga RM12 juta berbanding AH-64 Apache (US$60 juta-US$120 juta sebuah), T129 ATAK (US$50 juta sebuah) dan Eurocopter Tigre (US$44 juta-US$48 juta).

Fakta yang perlu diterima oleh kita adalah, dengan bajet pertahanan yang terhad,sudah semestinya kita “tidak mampu” untuk memperolehi helikopter penyerang yang lengkap, “”memadai” dengan MD530G– DSA

 

 

Comments are closed.