Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Benarkah Ukraine Berjaya Membunuh Pemimpin Tertinggi Tentera Russia?

Ketua Staf Angkatan Tentera Russia Jeneral Valery Gerasimov dikatakan antara tiga pemimpin Russia yang bertanggungjawab merangka pelan serangan di Ukraine bersama-sama Presiden Vladimir Putin dan Menteri Pertahanan Sergei Shoigu.

0 1,816

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Teka-teki tentang nasib Ketua Staf Angkatan Tentera Russia Jeneral Valery Gerasimov terus menjadi topik perdebatan pihak antarabangsa, beberapa hari selepas tentera Ukraine melakukan serangan terhadap pusat pemerintahan tentera Russia di bandar Izyum, Ukraine yang sedang dilawati oleh pegawai tertinggi tentera Russia itu.

Gerasimov dikatakan tiga pemimpin Russia yang bertanggungjawab merangka pelan serangan di Ukraine bersama-sama Presiden Vladimir Putin dan Menteri Pertahanan Sergei Shoigu.

Pihak kerajaan dan tentera Russia sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kedudukan ketua staf angkatan tenteranya, sama ada beliau masih atau terkorban, tercedera dalam serangan Ukraine di Izyum itu.

Gerosimov
Gerosimov bersama Presiden Putin

 

Apa pun, serangan tentera Russia terhadap kedudukan tentera Russia pada ketika pemimpin tertinggi tenteranya melawat lokasi itu merupakan satu kejayaan oleh pihak perisikan Ukraine, walaupun kemungkinan besar ia dibantu oleh pihak perisikan Barat.

Laporan tidak rasmi yang memetik beberapa sumber mendakwa Gerasimov mengalami kecederaan parah akibat serangan itu, yang turut mengorbankan kira-kira 200 orang anggota tentera Russia dan seorang pegawai kanan Tentera Russia, Mejar General Andrei Simonov.

Serangan oleh tentera Ukraine itu mensasarkan pusat kawalan dan pemerintahan unit payung terjun tentera darat Russia di bandar Izyum yang terletak di timur Ukraine.

Menurut pegawai-pegawai tentera Amerika Syarikat, Gerasimov berada di timur Ukraine sejak beberapa hari lepas untuk mengatur strategi bagi mempercepatkan lagi kejayaan operasi tentera Russia di timur Ukraine itu.

Gerosimov

Beliau dikatakan tiba di bandar Belgorod, Russia yang terletak dengan sempadan Ukraine menaiki pesawat Tu-154 sebelum bertolak ke timur Ukraine dengan menaiki helikopter Mi-8 sambil diiringi oleh beberapa buah helikopter penyerang KA-52.

Gerasimov merupakan pegawai paling tinggi tentera Russia yang menjejakkan kaki di timur Ukraine yang kini menjadi lokasi utama operasi tentera negara itu di Ukraine selepas kemaraannya ke Kiev berhadapan dengan tentangan hebat.

Lawatan beliau ke timur Ukraine itu dilakukan dengan penuh kerahsiaan, tetapi ia dapat dihidu (berkemungkinan dengan bantuan perisikan Amerika Syarikat dan Barat) oleh pihak tentera Ukraine yang melancarkan serangan roket terhadap kedudukan itu.

Gerosimov

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sebagaimana yang dilaporkan oleh media, serangan roket tentera Ukraine terhadap pusat kawalan dan pemerintahan unit payung terjun Russia dikenali dengan nama “School No 12” di Izyum itu didakwa telah mengorbankan 200 anggota tentera negara itu.

Terdapat laporan mengatakan serangan tentera Ukraine itu berlaku sebaik sahaja Gerasimov meninggalkan pusat pemerintahan tentera Russia itu, tetapi ia tidak dapat disahkan oleh mana-mana sumber Russia.

Konflik di antara Russia dan Ukraine setakat ini didakwa telah mengorbankan beberapa jeneral tentera Russia, yang turut bermaksud bahawa pegawai-pegawai kanan tentera Russia terlibat secara aktif di medan peperangan bersama-sama anggota mereka. — DSA

 

Comments
Loading...