Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Bakal Terima Enam Helikopter MD-530G Akhir Tahun Ini – PAT

MD-530G armed reconnaissance/attack helicopters itu dibangunkan oleh MD Helicopters, sebuah anak syarikat McDonnell Douglas yang beribu pejabat di Mesa, Arizona.

0 2,469

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Enam buah helikopter MD-530G yang bakal digunakan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) sedang menjalani proses “Pre-Delivery Inspection” (PDI) di Amerika Syarikat sebelum aset terbaru ATM itu dihantar pulang ke Malaysia pada akhir tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

“Berdasarkan kepada kontrak perolehan, semua pesawat helikopter terbabit dijangka sampai ke Malaysia pada akhir tahun ini,” kata beliau sambil menambah, bahawa proses PDI adalah untuk memastikan aspek teknikal dan spesifikasi helikopter berkenaan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pembuat.

Ia juga untuk membolehkan pengoperasian helikopter MD-530G oleh PUTD berjalan dengan lancar.

MD-530G armed reconnaissance/attack helicopters itu dibangunkan oleh MD Helicopters, sebuah anak syarikat McDonnell Douglas yang beribu pejabat di Mesa, Arizona.

MD Helikopter

Kementerian Pertahanan menandatangani perjanjian bernilai RM321 juta pada 2016 untuk memperolehi enam buah helikopter MD-530G.

Sementara itu Panglima Angkatan Tentera juga berkata pihak telah menghantar lapan orang juruterbang dan sembilan juruteknik ke MD Helicopters untuk menjalani latihan komprehensif bagi membolehkan mereka mengendalikan helikopter berkenaan.

Latihan komprehensif itu dilakukan di ibu pejabat MD Helicopters di Arizona bermula pada 24 April hingga 13 Ogos lepas.

“Latihan terbabit bertujuan meningkatkan kemahiran juruterbang dalam pengendalian sistem persenjataa, penerbanagn taktikal dan latihan menembak pesawat manakala latihan krew untuk penyelenggaraan pesawat, enjin dan persenjataan,” katanya.

Pada mulanya, helikopter MD-530G sepatutnya diserahkan kepada ATM pada 2017-2018 tetapi tertangguh beberapa kali disebabkan isu-isu teknikal yang tidak didedahkan.

MD Helikopter

Mengikut perancangan awal, helikopter penyerang ringan ini akan ditempatkan di kawasan ESCOMM, di pantai timur Sabah bagi menangani isu jenayah rentas sempadan, tetapi perancangan itu telah berubah dengan helikopter ini mungkin akan ditempatkan di  kawasan semenanjung.

Helicopter MD530G light scout attack ini boleh dilengkapi dengan TALON laser guided rocket untuk menangani ancaman kenderaan armor.

Selain itu ia juga boleh dilengkapi dengan mesingan 12.7mm dan Dillon Aero 7.62mm mini Gatling gun serta pelbagai lagi sensor dan alatan avionic moden.

Helikopter ini boleh terbang selaju diantara 240km hingga 280 km sejam sejauh 430km dan selama dua jam setengah penerbangan.

Afendi Buang
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Affendi Buang

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...