Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Memadai Dengan Helikopter Penyerang Ringan MD530G”

Bercakap ketika Majlis Amanat Tahun Barunya di Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan mungkin memberikan justifikasi mengapa negara memilih untuk membeli helikopter penyerang ringan seperti enam buah MD530G dan bukannya helikopter penyerang lain yang lebih canggih seperti Apache dan lain-lain.

0 6,467

(DEFENCE SECURITY ASIA) – “Kita tidak perlu helikopter secanggih seperti AH-64 Apache dan helikopter-helikopter lain, memadai MD Helikopter  (enam buah MD530G) kita,” kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Perolehan helikopter penyerang ringan MD530G itu dibuat oleh Malaysia tidak lama selepas berlakunya insiden pencerobohan lelaki bersenjata di Lahad Datu,Sabah pada 2013 sehingga menyebabkan pertempuran dengan anggota keselamatan.

Bercakap ketika Majlis Amanat Tahun Barunya di Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan mungkin memberikan justifikasi mengapa negara memilih untuk membeli helikopter penyerang ringan seperti enam buah MD530G dan bukannya helikopter penyerang lain yang lebih canggih seperti Apache dan lain-lain.

Mungkin pada ketika itu, negara hanya berkemampuan membeli helikopter MD530G kerana dengan RM320 juta , kita sudah semestinya tidak mampu untuk membeli helikopter secanggih Apache,Tigre atau lain-lain yang seangkatan dengannya.

Untuk menangani ancaman-ancaman insurgensi seperti apa yang berlaku di Lahad Datu dan jenayah rentas sempadan, adalah memadai dengan penggunaan helikopter penyerang ringan MD530G untuk menangani ancaman itu.

MD530G
Keenam-enam buah helikopter penyeraang ringan MD530G. (credit MD Helicopters)

 

Untuk ancaman yang lebih besar melibatkan penggunaan armor dan kenderaan berperisai, helikopter penyerang Apache atau T129 ATAK boleh dipertimbangkan.

Sementara itu Hishammuddin juga berkata bahawa penghantaran keenam-enam buah helikopter MD530G itu ke Malaysia daripada Amerika Syarikat menggunakan jalan laut dijangka mengambil masa beberapa bulan sebelum sampai ke negara ini.

“Sebaik sahaja aset ini tiba (di Malaysia), saya akan memberikan keutamaan dalam memastikan ia menjalankan tugasnya di Sabah,”kata beliau yang secara jelas menyatakan bahawa helikopter MD530G itu akan bertugas di ESSCOM.

MD530G
Gambar Kredit Billy Hardimen, Vertical Magazine.

 

Hanya tiga hari lepas, syarikat MD Helicopters mengumumkan bahawa  ATM bakal menerima enam buah helikopter penyerang ringan MD530G.

Keenam-enam buah helikopter itu dijangka tiba di Malaysia pada akhir suku pertama tahun ini.

“MD Helicopters mengumumkan penerimaan awal (initial acceptance) keenam-enam buah helikopter Light Scout Attack Helicopters MD530G untuk Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi agen mereka Halaman Optima/Destini Prima.”

MD530G
Gambar Kredit Billy Hardimen, Vertical Magazine.

 

“Helikopter berkenaan sedang di dalam transit dan dijangka tiba di Malaysia untuk proses penerimaan akhir (final acceptance) di Malaysia pada akhir suku pertama 2022. Sebagai sebahagian daripada kontrak, lapan juruterbang dan lima mekanik daripada Pasukan Udara Tentera Darat telah menyelesaikan latihan operasi Forward Arming and Refuelling Point (FARP) di West Texas,” kata MD Helicopters dalam satu kenyataan menerusi laman web rasminya.

Menurut MD Helicopters, keenam-enam helikopter itu adalah helikopter penyerang ringan yang berdasarkan kepada airframe Model 500/530.

Helikopter MD530G sebagaimana dioperasikan oleh Malaysia itu menyaksikan ia mengintegrasi sensor  Wescam L3 MX10D dan Pathfinder Ares Weapons Management System daripada Tek Fusion.

MD530G
credit MD530G

Integrasi sistem-sistem terbabit adalah untuk membantu penggunaan Dillion M134 Mini Gun, FN Herstal Heavy Machine Gun dan Rocket Machine Gun pods serta 2.75-inch Folding-Fin Aerial Rockets (guided and unguided).

Helikopter penyerang ringan MD530G itu memberikan kemampuan close-in support pada waktu malam  atau siang selain kemampuan pemantauan serta pengawasan.– DSA

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Comments
Loading...