Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Terima T129 “ATAK”, Malaysia Punya MD530G Bila Mau Sampai?

Filipina memesan enam buah helikopter T-129 “ATAK” daripada Turkish Aerospace Industries (TAI) pada 2018 manakala Malaysia memesan enam buah helikopter MD530G daripada syarikat Amerika Syarikat, MD Helicopters pada 2016.

0 14,517

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sedang Malaysia masih bermain teka-teki tentang tarikh sebenar penghantaran enam buah helikopter penyerang ringan MD530G, negara jiran kita Filipina akan menerima helikopter penyerang T-129 “ATAK” yang pertamanya daripada enam buah dipesan pada bulan depan.

Filipina memesan enam buah helikopter T-129 “ATAK” daripada Turkish Aerospace Industries (TAI) pada 2018 manakala Malaysia memesan enam buah helikopter MD530G daripada syarikat Amerika Syarikat, MD Helicopters pada 2016.

Sudah hampir lima tahun sejak kita menandatangani perjanjian pembelian enam buah helikopter ringan itu, tetapi kita masih menunggu kelibatnya di Malaysia.

Filipina yang memesan helikopter itu pada 2018 dengan nilai US$280 juta (RM1.1 bilion) pun sudah pun memperolehi barangnya, manakala kita masih lagi berteka-teki bila helikopter MD530G itu akan mendarat di Malaysia.

Panglima Tentera Udara Filipina Lt Jen Allen Trio Paredes mengesahkan bahawa ia akan menerima helikopter T129 ATAK itu pada bulan depan, disusuli oleh kelima-lima buah helikopter penyerang itu kemudiannya.

T129 ATAK

Manila akan menjadi negara eksport pertama bagi helikopter T129 ATAK itu.

Proses penghantaran helikopter penyerang T129 Atak ke Filipina itu berjalan lancar selepas Washington meluluskan lesen eksport kepada Turki untuk menjual helikopter yang menggunakan enjin buatan Amerika Syarikat dan Britain itu kepada Manila.

Enjin helikopter berkenaan “LHTEC T800-4A” dibina oleh syarikat usahasama antara firma Amerika Syarikat, Honeywell dan Rolls-Royce oleh British.

Malaysia pada mulanya dijangka menerima helikopter MD530G itu pada 2017-2018 tetapi tertangguh beberapa kali disebabkan isu-isu teknikal yang tidak didedahkan.

Pada September lalu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata,  enam buah helikopter MD-530G bakal digunakan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) sedang menjalani proses “Pre-Delivery Inspection” (PDI) di Amerika Syarikat sebelum aset terbaru ATM itu dihantar pulang ke Malaysia pada akhir tahun ini.

“Berdasarkan kepada kontrak perolehan, semua pesawat helikopter terbabit dijangka sampai ke Malaysia pada akhir tahun ini,” kata beliau sambil menambah, bahawa proses PDI adalah untuk memastikan aspek teknikal dan spesifikasi helikopter berkenaan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pembuat.

MD530G
Helikopter MD-530G

 

Ia juga untuk membolehkan pengoperasian helikopter MD-530G oleh PUTD berjalan dengan lancar.

Ok lah, untuk menyedapkan  hati, kita masih adalah lebih sebulan sebelum tempoh “akhir tahun ini” itu berakhir sebelum kita melangkah ke tahun baru.

So masih ada sebulan untuk helikopter MD530G itu untuk tiba di Malaysia sebagaimana disebut oleh PAT dan MINDEF.

Kementerian Pertahanan menandatangani perjanjian bernilai RM321 juta pada 2016 untuk memperolehi enam buah helikopter MD-530G.

Sementara itu Panglima Angkatan Tentera juga berkata pihaknya telah menghantar lapan orang juruterbang dan sembilan juruteknik ke MD Helicopters untuk menjalani latihan komprehensif bagi membolehkan mereka mengendalikan helikopter berkenaan.

Latihan komprehensif itu dilakukan di ibu pejabat MD Helicopters di Arizona bermula pada 24 April hingga 13 Ogos lepas.

T129 ATAK

Helicopter MD530G light scout attack ini boleh dilengkapi dengan TALON laser guided rocket untuk menangani ancaman kenderaan armor.

Selain itu ia juga boleh dilengkapi dengan mesingan 12.7mm dan Dillon Aero 7.62mm mini Gatling gun serta pelbagai lagi sensor dan alatan avionic moden.

Helikopter ini boleh terbang selaju diantara 240km hingga 280 km sejam sejauh 430km dan selama dua jam setengah penerbangan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...