Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kehadiran 10 Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu? Polis Sedang Siasat…

Komander ESSCOM Deputi Komisioner Hamzah Ahmad ketika dihubungi Agensi Berita Nasional (Bernama) berkata, dakwaan berkenaan kehadiran lelaki bersenjata di Lahad Datuk itu masih di siasat..

0 7,606

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang menyiasat dakwaan lebih 10 lelaki bersenjata dipercayai warga Filipina menyusup masuk ke Lahad Datu di sini melalui perairan Tambisan, yang terletak berhampiran dengan selatan Filipina.

Komander ESSCOM Deputi Komisioner Hamzah Ahmad ketika dihubungi Agensi Berita Nasional (Bernama) berkata, dakwaan berkenaan kehadiran lelaki bersenjata di Lahad Datuk itu masih di siasat.

“Ketika ini keadaan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) baik dan terkawal,” katanya ringkas melalui aplikasi Whatsapp hari ini.

Bernama difahamkan seorang lelaki mendakwa melihat lebih 10 individu mencurigakan berpakaian celoreng serta bersenjata masuk ke Sabah melalui perairan Long Patau, Tambisan pada minggu lalu.

Lelaki berkenaan juga mendakwa kesemua individu itu dipercayai warga Filipina berdasarkan perbualan menggunakan bahasa Suluk.

UTK
Amggota Polis menahan suspek kumpulan pengganas. (gambar hiasan)

 

Semalam Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata, anggota Komando Unit Tindakan Khas (UTK) akan dikerah ke kawasan pantai timur Sabah untuk meningkatkan tahap keselamatan kawasan tersebut.

Kerahan pasukan komando polis itu juga adalah untuk menangani isu berkaitan kumpulan pengganas Abu Sayyaf (ASG), terutamanya berikutan laporan pakar pembuat bom kumpulan pengganas it,  Mudzrimar@Mundi Sawadjaan masih hidup.

Hazani berkata walaupun sudah lebih dua tahun tidak berlakunya kes-kes penculikan khususnya di pantai timur Sabah, tetapi tahap kawalan keselamatan tetap dipertingkat.

“Hal ini juga berikutan maklumat mengenai sub ketua kumpulan Abu Sayyaf yang juga pakar pembuat bom iaitu Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan disahkan masih hidup, jadi kawalan akan diperketatkan.

UTK
Pakar bom Abu Sayyaf, Mudzrimar@Mundi Sawadjaan

 

“Pihak keselamatan akan sentiasa mendapatkan maklumat daripada Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM),” katanya kepada pemberita di Kelantan.

Status berkenaan Mudzrimar yang dikehendaki di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) telah disahkan hasil perkongsian maklumat daripada pasukan keselamatan Filipina melibatkan Joint Task Force Sulu (JTFS) serta J2 WESTMINCOM kerana terbabit dalam beberapa siri pertempuran dan pertembungan dengan pasukan keselamatan Filipina sejak Julai 2021.

Berdasarkan maklumat risikan, kali terakhir dia dilihat adalah pada 10 Jan lepas di sebuah kawasan di Sulu ketika keluar mengambil makanan.

Sabah

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Selain mempunyai kepakaran dalam membuat bom, Muzdrimar yang juga anak saudara kepada pemimpin kanan Abu Sayyaf iaitu Hatib Hajan Sawadjaan, turut dikenal pasti sebagai perancang letupan beberapa insiden di Jolo, Filipina pada tahun 2020, termasuk insiden letupan bom di ‘The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo’ yang mengorbankan kira-kira 20 orang.

Bapa saudara Mudzrimar iaitu Hatib merupakan ketua kumpulan faksi kumpulan Abu Sayyaf yang menyokong perjuangan kumpulan pengganas, Islamic State (IS) atau Daesh.

— DSA

Comments
Loading...