Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ESSCOM Tahan 3 Warga Asing, Pistol dan Peluru Ditemui

0 636

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin berjaya menumpaskan beberapa kes curi dan rompak yang berlaku di kawasan perairan Inderasabah, Tawau dengan penahanan tiga  suspek penjenayah warga asing dalam 2 serbuan berasingan di daerah ini.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Ahmad Fuad berkata ketiga-tiga suspek telah berjaya ditahan secara berasingan di dua buah rumah tidak bernombor di pondohan kawasan laut pulau Nusa tengah dan pondohan pulau Omadal oleh sepasukan anggota ‘pasukan khas’ yang ditubuhkan ESSCOM dalam menyelesaikan kes-kes samun dan curi di perairan Indersabah, Tawau dan Semporna baru-baru ini.

Esscom

Gambar kredit Esscom

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata dalam serbuan pertama kira-kira jam 9.30 malam pada Jumaat lalu, bertindak atas maklumat kes rompakan, sepasukan anggota pasukan khas yang diketuai oleh seorang anggota ESSCOM telah melakukan serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor di pondohan kawasan laut Pulau Nusa Tengah, Semporna.

“Dalam serbuan berkenaan, kelihatan dua lelaki cuba untuk melarikan diri.” Semasa ditahan, suspek bernama Batu bin Logod bertindak agresif dan akibat daripada pergelutan tersebut, suspek telah mengalami kecederaan di mata kiri.” “Pemeriksaan lanjut terhadap rumah suspek, pasukan kita telah menemui sepucuk pistol bersama peluru hidup tersimpan dalam beg silang berwarna maroon yang tersiman di atas lantai rumah suspek. “Turut dirampas sebuah perahu dan sebuah enjin sangkut 30hp yang disyaki enjin curi”.

Esscom

Gambar kredit Esscom.

“Kesemua barang rampasan yang terdiri daripada selaras pistol colt .45, seunit kelopak berisi 06 butir peluru .45, 19 butir peluru jenis .45, sebilah parang, sebuah enjin sangkut 30hp, telefon bimbit jenis Vivo 1713, beg silang berwarna maroon dan sebuah perahu dengan nilai ramasan dianggarkan bernilai RM12,700.00.”, katanya.

Ahmad Fuad berkata dalam serbuan kedua di pondohan kawasan laut perairan Pulau Omadal kira-kira pada jam 7.00 pagi Sabtu pula, pasukan Khas ESSCOM dengan kerjasama pasukan polis marin telah membuat pemeriksaan sebuah rumah tidak bernombor.

“Setelah memperkenalkan diri sebagai anggota keselamatan, seorang lelaki tiba-tiba bertindak cuba melarikan diri. Apabila lelaki tersebut cuba ditahan, lelaki tersebut bertindak agresif namun berjaya ditahan setelah berlaku sedikit pergelutan dengan suspek.”

“Pemeriksaan ke atas rumah suspek tidak menemui sebarang barang salah”, katanya.

esscom

“Kesemua suspek adalah warga asing Filipina yang berumur antara 20 -50 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun dan rompak di perairan Inderasabah, Tawau beberapa hari lalu.”

Dengan kejayaan penahanan 3 orang suspek warga asing ini, pihak ESSCOM percaya telah dapat menyelesaikan 4 kes rompakan dan samun bersenjata yang berlaku di perairan Tawau dan Kunak naru-baru ini iaitu melibatkan 3 kes di perairan Inderasabah, Tawau dan 1 kes di perairan Kunak.

“Kesemua suspek telah diserahkan kepada ibu pejabat Polis tawau untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 395/397 (KK) samun berkawan bersenjata,” katanya.

Esscom

Beliau berkata dengan kejayaan ini, ESSCOM sentiasa komited untuk sentiasa memastikan perairan ESSZONE akan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Ahmad Fuad menyeru kepada semua lapisan masyarakat khususnya komuniti pesisir pantai agar sentiasa memberikan kerjasama termasuk menjadi mata dan telinga pihak pasukan keselamatan dengan melaporkan sebarang perlakuan jenayah yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam serta kes-kes yang melanggar undang-undang negara seperti kes-kes penyeludupan, kes curi dan rompak serta kes-kes kemasukan pati di kawasan ESSZONE.

Kesemua maklumat dan gambar pertama, kedua dan ketiga adalah kredit ESSCOM.

— DEFENCE SECURITY ASIA/ESSCOM

Comments
Loading...