Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Malaysia Serah Lapan Anggota Abu Sayyaf Diserah Kepada Pasukan Keselamatan Filipina Hari Ini

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata penyerahan itu dilakukan di perairan sempadan Malaysia-Filipina oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang diwakili Ketua Penguatkuasa Imigresen Sandakan Muhammad Isa Hasley kepada Western Mindanao Command dan Joint Task Force Sulu diwakili Brig Jen Arturo G Rojas.

0 1,234

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Lapan anggota kumpulan Abu Sayyaf yang ditahan pasukan keselamatan Malaysia di Beaufort, Sabah pada 8 Mei lepas telah diserahkan kepada pasukan keselamatan Filipina hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata penyerahan itu dilakukan di perairan sempadan Malaysia-Filipina (Sandakan-Taganak)  oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang diwakili Ketua Penguatkuasa Imigresen Sandakan Muhammad Isa Hasley kepada Western Mindanao Command dan Joint Task Force Sulu diwakili Brig Jen Arturo G Rojas.

“Penyerahan ini dilakukan pada 8.30 pagi tadi menggunakan kuasa di bawah Seksyen 32 (1) Akta Imigresen, kita keluarkan mereka dari Malaysia…seorang daripada mereka yang diserahkan itu adalah ‘sub-leader’ dalam Abu Sayyaf yang dikehendaki oleh pasukan keselamatan Filipina.

“Hasil siasatan juga mendapati seorang daripada mereka mengaku terlibat dalam beberapa siri penculikan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone),” katanya Hazani di Sandakan hari ini. Beliau turut menghadiri penyerah pengganas itu bersama-sama Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman.

Datuk Bandar Turtle Island Haji Faisal Jamalullail turut hadir pada penyerahan itu,

abu sayyaf
Gambar ESSCOM

Admin tidak pasti mengapa pihak berkuasa kita serahkan anggota Abu Sayyaf ini ke Filipina dan tidak mendakwa mereka mengikut undang-undang negara kita. Mungkin ada media yang boleh tanya sebab disebalik penyerahan balik anggota pengganas itu ke Filipina.

Kelapan-lapan anggota Abu Sayyaf yang diserahkan kepada pasukan keselamatan Filipina hari ini adalah-

1) SANSIBAR BENCIO

2)HAMZAH FAIZAL

3)LADIN FAIZAL

4)MUNIMAR BINDA

5)FIRDAUS OMAR

6)SANSIS MOHAMAD

7)HALIM AKHIR

8)YUSOF AKRAM

 

Pada 8 Mei lepas, polis bersama pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf itu dalam operasi khas pada 3 pagi di kawasan paya bakau di Taman Sri Arjuna, Beaufort.

Dalam pada itu, Hazani berkata pasukan keselamatan akan meningkatkan kawalan keselamatan dan risikan di negeri ini bagi mengesan jika masih terdapat saki-baki ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf itu yang berbaiah dengan militan Daesh.

“Usaha mengesan kita teruskan kerana kita takut masih ada saki-baki (pengganas) yang menjadikan Sabah sebagai tempat persembunyian dan menyampaikan dakyah kepada penduduk tempatan dan rakan senegara atau kepada pendatang haram lain,” katanya.

Hazani berkata sejak 2014 hingga kini, pasukan keselamatan telah menahan 83 ahli kumpulan pengganas di Sabah.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...