Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Leonardo M-346 Jumpa Pelanggan Terbaru….

Pesawat latihan lanjutan M-346 adalah pesawat latihan yang moden dan sesuai untuk transisi juruterbang kepada pesawat-pesawat pejuang generasi ke-4+++ dan generasi ke-5 termasuk untuk pesawat F-35.

0 8,100

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Negara Teluk, Qatar menjadi pelanggan terbaru bagi pesawat latihan, M-346 yang dibangunkan oleh syarikat Itali, Leonardo yang mengesahkan perolehan pesawat itu oleh negara berkenaan baru-baru ini.

Leonardo juga dikatakan menawarkan pesawat M-346 kepada Malaysia untuk memenuhi keperluan Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Syarikat itu berkemungkinan menawarkan kombinasi varian M-346 untuk latihan lanjutan juruterbang serta M-346 (Fighter Attack) yang khususnya untuk tujuan serangan ringan bagi memenuhi keperluan TUDM.

Syarikat Leonardo mengesahkan perolehan enam buah pesawat latihan lanjutan M-346 oleh Qatar selepas tiga buah daripada pesawat itu terlibat dalam lintas udara di negara berkenaan.

Tahun lepas, syarikat menyatakan bahawa ia telah menjual sejumlah pesawat latihan kepada sebuah negara yang tidak didedahkan identitinya, yang berkemungkinan merujuk kepada Qatar sebagai negara yang membeli itu.

M-346
Pesawat latihan lanjutan Leonardo M-346.

 

Selain daripada Qatar, pesawat latihan itu turut dibeli oleh Singapura yang memperolehi 12 buah pesawat, 16 buah oleh Poland dan 30 buah oleh Israel.

Greek juga dilaporkan memperolehi 10 buah pesawat latihan itu dalam kerjasama dengan Israel untuk melatih juruterbang-juruterbangnya.

Leonardo memberitahu media pertahanan antarabangsa, Defense News bahawa perolehan enam buah pesawat M-346 oleh Qatar itu merupakan sebahagian daripada perjanjian perolehan pesawat dan latihan yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada November tahun 2020.

M-346

Perjanjian itu menyaksikan juruterbang pelatih Qatar akan berlatih di sekolah juruterbang yang diuruskan oleh Leonardo dan Tentera Udara Itali di pangkalan udara Galatina di selatan Itali.

Sekolah berkenaan kini memiliki 18 buah pesawat latihan M-346.

Pesawat latihan lanjutan M-346 adalah pesawat latihan yang moden dan sesuai untuk transisi juruterbang kepada pesawat-pesawat pejuang generasi ke-4+++ dan generasi ke-5 termasuk untuk pesawat F-35.

Itali, Singapura dan Israel menggunakan pesawat latihan M-346 sebagai pesawat latihan mereka dan sebagai persediaan sebelum juruterbang pelatih mereka menerbangkan pula pesawat-pesawat seperti F-16, F-15 dan F-35.

M-346
Pesawat M-346 varian FA (Fighter Attack)

 

Ketiga-tiga negara itu merupakan negara pengguna bagi pesawat F-35 (Singapura sedang menunggu pesawat F-35 yang dijangka tiba pada tahun 2026).

Bagi Greek pula, pesawat latihan M-346 itu digunakan untuk melatih juruterbangnya menerbangkan pesawat F-16 serta Rafale yang baru sahaja diterimanya daripada Perancis.

Pesawat latihan M-346 yang dibangunkan oleh Alenia Aermacchi, anak syarikat Leonardo menggunakan dua enjin F124 yang dibangunkan oleh syarikat Honeywell daripada Amerika Syarikat.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan digital avionics system, bermodelkan dengan pesawat-pesawat pejuang terkini termasuk Eurofighter, Gripen, Rafale, F-16, F-18, F-15 dan F-35.

M-346
M-346FA

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Menurut syarikat Leonardo, varian FA (Fighter Attack) yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan TUDM itu boleh dikerah untuk melaksanakan pelbagai tugas di medan tempur seperti ground support termasuk untuk misi-misi serangan udara-ke-darat, taktikal, close air support (CAS) dan counter-insurgency (COIN).

Pesawat dua enjin itu juga boleh dilengkapkan dengan peluru-peluru pintar (precision guided munitions –PGM).

Selain itu, varian M-346FA itu dibangunkan untuk memberikan latihan kepada juruterbang, pertempuran udara, penguatkuasaan dan kawalan ruang udara serta pemantauan taktikal –– DSA

M-346
Pesawat M-346FA milik Tentera Udara Turkmenistan

Comments
Loading...