Kalashnikov Concern Pertingkat Besar-Besaran Produksi Dron Berani Mati “Kub”
Sistem Loitering Munition Berpanduan (Guided Loitering Munition – GLM) Kub-E yang dibangunkan oleh Kalashnikov Concern, telah direka untuk memusnahkan kenderaan berperisai serta anggota tentera musuh, telah menunjukkan keberkesanan yang baik dalam operasi ketenteraan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Bermula pada tahun ini 2025, syarikat pertahanan terkenal Russia, Kalashnikov Concern akan meningkatkan secara besar-besaran produksi dron berani mati, Kub dan varian daripada keluarganya yang telah dinaiktaraf kemampuannya dengan kuasa tempur yang lebih kuat.
Pada tahun lepas, Kalashnikov Concern telah meningkatkan jumlah pengeluaran loitering munition sebanyak 10 kali ganda dan pada tahun yang sama ia turut menandatangani kontrak pertama bagi pembekalan Guided Loitering Munition (GLM) Kub-E ke luar negara, menurut laporan yang dipetik oleh TASS.
Sistem Loitering Munition Berpanduan (Guided Loitering Munition – GLM) Kub-E yang dibangunkan oleh Kalashnikov Concern, telah direka untuk memusnahkan kenderaan berperisai serta anggota tentera musuh, telah menunjukkan keberkesanan yang baik dalam operasi ketenteraan.
Pada pameran pertahanan IDEX 2025 yang baru sahaja berakhir di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini GLM KUB-2-E telah menarik minat ramai pengunjung yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan daripada seluruh negara.
Selain itu terdapat juga varian sistem KUB-2-E kelas ringan yang telah direka untuk menumpaskan anggota tentera musuh, termasuk individu serta peralatan ketenteraan tanpa perisai.
Sementara itu, sistem KUB-2-E kelas sederhana pula mempunyai pelbagai kegunaan, termasuk menyerang pasukan musuh, tapak pelancaran UAV, landasan helikopter, serta kenderaan tanpa perisai dan berperisai ringan.

Kedua-dua sistem loitering munition itu (KUB-2-E kelas ringan dan kelas sederhana) mempunyai keupayaan manuver yang tinggi serta dilengkapi dengan sistem optoelektronik canggih,yang membolehkan pengendali mengarahkan sistem persenjataan itu dengan ketepatan tinggi ke sasaran, walaupun ia sedang bergerak.
Kedua-dua KUB-2-E kelas ringan dan kelas sederhana mempunyai berat melebihi 10 kg dan boleh digunakan pada waktu siang atau malam dalam pelbagai keadaan cuaca, termasuk suasana berasap dan berdebu, serta dalam angin kencang mencecah 15 meter sesaat di paras bumi.
Ia juga beroperasi dengan baik dalam persekitaran yang mempunyai gangguan pasif dan aktif serta pada suhu antara -40°C hingga +50°C.
Kalashnikov Concern membangunkan projek KUB-2-E atas inisiatif sendiri, dan produk ini telah terbukti berkesan di zon operasi ketenteraan khas, menerima maklum balas yang amat positif.
Selain itu, syarikat juga membangunkan sistem loitering munition KUB-10E direka khas untuk menyerang kenderaan ringan dan pengangkut berperisai musuh, pos kawalan, kemudahan pertahanan udara dan peluru berpandu, pusat pemantauan komunikasi dan gangguan isyarat, infrastruktur logistik, unit tempur dan logistik, serta depot simpanan peluru dan bahan api.
KUB-10E juga mampu menyasarkan tapak pelancaran dron serta pesawat tanpa perlindungan seperti helikopter di lapangan terbang.
Sistem ini boleh digunakan pada bila-bila masa, dalam pelbagai keadaan cuaca, termasuk angin kencang sehingga 15 meter sesaat.

