Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Apa Kita Tahu Setakat Ini Tentang Unit Khas Hezbollah, “Pasukan Radwan”

Unit pasukan khas "Pasukan Radwan" Hezbollah ini dilatih untuk menjalankan serbuan kecil di Israel dan telah wujud sejak sekurang-kurangnya 2006, apabila ia melaksanakan operasi-operasi menawan "hidup-hidup" tentera Israel – yang menjadi pencetus kepada perang Julai 2006 antara Israel dan Hezbollah.

0 1,517

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebelum ini konflik terbaru di antara Palestin dan Israel tercetus sembilan bulan yang lalu, pasukan elit Hezbollah dinamakan “Pasukan Radwan” atau “Radwan Force” kurang dikenali, tetapi kini namanya telah menjadi sebutan oleh tentera Israel dan kepimpinannya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Israel telah menuntut agar unit elit ini berundur lebih dari 30 kilometer dari sempadan Lebanon-Israel dan mengancam untuk menyingkirkannya daripada kawasan di Sungai Litani dengan kekerasan jika Hezbollah tidak berbuat demikian secara sukarela.

Khabar angin dan spekulas mengenai penempatan Pasukan Radwan di Bukit Golan Syria juga telah tersebar, dengan penganalisis mendakwa implikasi penempatan unit khas  ini bermaksud Hezbollah mempunyai perancangan untuk membuka medan baru dengan Israel.

Namun, unit ketenteraan ini bukanlah baru.

Unit pasukan khas “Pasukan Radwan” Hezbollah ini dilatih untuk menjalankan serbuan kecil di Israel dan telah wujud sejak sekurang-kurangnya 2006, apabila ia melaksanakan operasi-operasi menawan “hidup-hidup” tentera Israel – yang menjadi pencetus kepada perang Julai 2006 antara Israel dan Hezbollah.

Hezbollah
Pejuang Hezbollah

 

Sebelum ini Pasukan Radwan Hezbollah itu dipanggil “unit tindak balas pantas,” tetapi unit khas itu dinamakan semula pada tahun 2008 selepas pembunuhan Imad Mughniyeh, yang dikenali dengan nama perang “Hajj Radwan.”

Selepas Hezbollah campur tangan menyokong rejim Syria dalam perang saudara Syria, Pasukan Radwan mula bertempur bersama tentera Syria dan militia bersekutunya.

Unit ini dilaporkan ditempatkan di selatan dan utara Syria untuk memerangi unsur-unsur pemberontak, serta di Quneitra di Bukit Golan Syria, di mana unsur-unsur yang dikaitkan dengan Iran telah mengekalkan kehadiran selama bertahun-tahun.

Penganalisis mencadangkan bahawa pengalaman unit khas ini dalam peperangan di Syria telah menjadikan unit khas itu lebih berpengalaman dan meningkatkan keupayaan mereka untuk bertempur sebagai pasukan komando, berbanding unit Hezbollah lain yang lebih berorientasikan gerila.

Sementara itu, The New York Times dalam laporannya mengatakan bahawa Pasukan Radwan telah mengambil peranan utama dalam konflik jangka panjang Hezbollah dengan Israel, dan dalam serangan rentas sempadan yang meningkat dalam beberapa bulan yang Israel dan Hamas berperang.

Hezbollah
Allahyarham Imah Mughniyeh aka “Alhajj Radwan”

 

Penganalisis ketenteraan Israel mengatakan bahawa Pasukan Radwan kini meletakkan sasaran  untuk menakluk wilayah utara Israel, Galilee.

“Pasukan Radwan berdedikasi untuk menggandakan apa yang berlaku pada 7 Oktober di selatan Israel di utara,” kata Tamir Hayman, seorang jeneral bersara yang mengetuai perisikan tentera Israel sehingga 2021, dalam satu temu bual.

“Atas sebab itulah, Israel tidak dapat menerima kehadiran pejuangnya (Pasukan Radwan) di kawasan sempadan.”

Musim bunga lalu, Pasukan Radwan mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan umum yang jarang berlaku oleh Hezbollah, mempamerkan persenjataan ketenteraan yang pelbagai dan melakukan simulasi penyusupan ke wilayah Israel.

Video propaganda yang licik dihasilkan oleh Hezbollah telah memaparkan taktik unit kecil dan latihan tembakan menggunakan peluru hidup, diselang-seli dengan ancaman kepada Israel.

Hezbollah
Anggota “Pasukan Radwan”

Hezbollah

Pasukan Radwan dipercayai mempunyai sekitar 2,500 pejuang, kira-kira lima peratus daripada jumlah kekuatan Hezbollah.

Janes, sebuah syarikat perisikan sumber terbuka (open source intelligence), mengatakan pada tahun 2017 bahawa ia menilai Pasukan Radwan milik Hezbollah tersebut mempunyai sekitar 25,000 pejuang sepenuh masa, dengan jumlah yang sama sebagai simpanan.

Anggita dalam Pasukan Radwan kelihatan jauh lebih berkemampuan daripada pejuang biasa Hezbollah, dengan latihan yang diberikan oleh Komando Sabeerin, sebuah batalion dalam Pasukan Al Quds Iran, cabang Kor Pengawal Revolusi Islam.

Perisikan tentera Israel menilai bahawa semasa perang, unit Radwan akan ditugaskan dengan serbuan rentas sempadan, bertujuan menyerang komuniti awam dan merampas tebusan terutamanya anggota tentera Israel.

Perang Lebanon 2006 dicetuskan apabila dua tentera Israel diculik oleh operator awal Pasukan Radwan. — DSA

Comments
Loading...