Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mini Unmanned Aerial Vehicle (MUAV), Drone Jammer Untuk Anggota Risik Tentera Darat

Tender bagi aset itu telah diiklankan hari ini dan akan berakhir pada 20 September ini.

0 4,229

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender untuk mendapatkan 84 buah “Mini Unmanned Aerial Vehicle” (MUAV) bagi kegunaan Batalion 165 Risik Tentera Darat untuk operasi-operasi pemantauan pada “Op Benteng”.

Tender bagi aset itu telah diiklankan hari ini dan akan berakhir pada 20 September ini.

Antara spesifikasi yang digariskan di dalam iklan tender itu adalah, MUAV itu mestilah multi-rotor, berkuasa bateri, jenis foldable, kelajuan maksima tidak boleh kurang daripada 70km sejam, tempoh penerbangan tidak boleh kurang daripada 30 minit dan tempoh terapung (hovering) tidak boleh kurang daripada 25 minit.

“The Mini UAV shall meet the following characteristics: (a) It shall be multi-rotor type. (b) It shall be powered by battery. (c) Foldable type. (d) Take-Off Weight. It shall be not more than 1 kg. (e) Dimensions. i. Folded. It shall be not more than 200 mm (L) x 90 mm (W) x 80 mm (H). ii. Unfolded. It shall be not more than 300 mm (L) x 220 mm (W) x 80 mm (H). (f) Performance. i. Ascent Speed shall be up to 5 m/s. ii. Descent Speed shall be up to 3 m/s. iii. Maximum Speed shall be not less than 70 km/h. iv. Flight Time shall be not less than 30 minutes. v. Hovering Time shall be not less than 25 minutes. vi. Flight Distance shall be not less than 5 km. vii. Wind Speed Resistance shall be not less than 8 m/s. viii. Operating Frequency shall be between 2.4 GHz to 2.5 GHz and 5.725 GHz to 5.875 GHz.”

“General. There is a requirement for the Malaysian Army’s 165th Military Intelligence Battalion to be equipped with Drone to suit the current situations in surveillance and reconnaissance operation.”

dron

Spesifikasi lain termasuk, jarak penerbangan tidak boleh kurang daripada 5km manakala setiap MUAV itu perlu mempunyai kemampuan untuk mengambil gambar statik dan bergerak.

Selain itu, MUAV juga perlu dilengkapi dengan kamera thermal.

Sementara itu dalam satu tender yang diiklankan hari ini, Kementerian Pertahanan telah memanggil tender untuk mendapatkan 29 buah MUAV untuk kegunaan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) yang terlibat dalam “OP Benteng”.

Tajuk tender itu adalah: PEROLEHAN UNIT TACTICAL DRONE (UNIT LEVEL) – MINI UNMANNED AERIAL VEHICLE (MUAV) BAGI KEGUNAAN BSPP – OP BENTENG

Batalion 165 Risik dan BSPP adalah di bawah Kor Risik Diraja.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan turut mengiklankan tender lima buah peralatan anti-drone untuk kegunaan anggota tentera.

“Peralatan Anti Drone (Tactical) merangkumi item seperti berikut: 1. Handheld Directional Anti Drone Jammer 2. Aiming Scope 3. Training Drone 4. Flexible Transport Case”

Ia akan digunakan oleh Direktorat Keselamatan dan Risik Balas BSPP.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...