Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Pengangkut Pesawat Jepun Ditawar Bawa Dron “Bayraktar TB3”

Syarikat Baykar daripada Turki menawarkan dron bersenjatanya, "Bayraktar TB3" untuk ditempatkan di kapal-kapal LHD, JS Izumo dan JS Kaga yang kini sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian untuk menjadi kapal pengangkut pesawat.

4,463

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Kedua-dua buah kapal LHD (Landing Helicopter Dock) Jepun yang kini sedang diubahsuai untuk menjadi kapal pengangkut pesawat, bakal dilengkapi dengan pesawat tanpa pemandu sekiranya cadangan oleh sebuah syarikat pembuat dron Turki diterima pakai oleh Negara Matahari Terbit itu.

Syarikat Baykar menawarkan dron bersenjatanya, Bayraktar TB3 untuk ditempatkan di kapal-kapal JS Izumo dan JS Kaga yang kini sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian untuk menjadi kapal pengangkut pesawat mini.

Jika cadangan oleh syarikat itu diterima, maka pesawat tanpa pemandu Bayraktar TB3 akan beroperasi bersama-sama pesawat pejuang F-35B (Short Take Off and Vertical Landing – STOVL) milik Tentera Tentera Jepun.

Bayraktar TB3
Kapal LHD JS Izumo yang kini sedang diubahsuai untuk menjadi sebuah kapal pengangkut pesawat.

 

Pengurus besar Baykar, Haluk Bayraktar berkata pesawat tanpa pemandu Bayraktar TB3 adalah amat sesuai untuk operasi di kapal-kapal kelas-Izumo tentera laut Jepun iaitu JS Izumo dan JS Kaga.

Beliau berkata syarikatnya menawarkan negara-negara Asia opsyen yang lebih baik dalam pemilikan pesawat tanpa pemandu.

Tindakan Jepun mengubahsuai kedua-kedua kapal LHD kelas-Izumo kepada pengangkut pesawat dikecam oleh China yang bimbang dengan tindakan Tokyo itu dan mendakwa bahawa ia adalah cubaan untuk kembali kepada era ketenteraan semasa Perang Dunia Kedua.

Selepas 75 tahun berakhirnya Perang Dunia Kedua, Jepun kini kembali memiliki kapal pengangkut pesawat menerusi JS Izumo dan JS Kaga.

JS Izumo
Kedua-dua kapal LHD JS Izumo dan JS Kaga milik Jepun yang bakal diubahsuai untuk menjadi “mini aircraft carrier.”

 

Jepun yang membelanjakan US$38 juta untuk menjadikan JS Izumo dan JS Kaga “kapal pengangkut pesawat mini” (mini aircraft carriers) tidak mengendahkan kritikan China dan meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian itu.

Kedua-dua buah kapal kelas-Izumo itu berkemampuan membawa sejumlah 28 buah pesawat F-35B setiap satu.

Syarikat Baykar telah membangunkan dron bersenjata Bayraktar TB3 khusus untuk operasi di atas kapal LHD Tentera Laut Turki “Anadolu” yang bakal memulakan operasinya pada tahun ini.

Anadolu
Kapal pengangkut dron pertama dunia, TCG “Anadolu.”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Bayraktar TB3 adalah varian khusus untuk operasi di atas kapal-kapal LHD dan pengangkut pesawat kerana kemampuannya untuk mendarat di landasan yang pendek, selain sayapnya yang boleh dipendekkan (folding wing).

Memiliki berat 1.4 tan,  dron bersenjata Bayraktar TB3 itu dilengkapi dengan sistem komunikasi satelit, enam stesen senjata, penerbangan lebih daripada 24 jam dan operasi di altitud yang tinggi.

Sehingga 50 hingga 100 dron bersenjata Bayraktar TB3 boleh beroperasi di atas kapal LHD “Anadolu”. — DSA

 

Comments are closed.