Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Iran Dedah Peluru Berpandu Anti-Armor “Shafaq”, Jarak Bedilan 20km

(VIDEO) Direkabentuk dan dibangunkan oleh pakar-pakar persenjataan Iran, peluru berpandu anti-armor “Shafaq” itu berkemampuan membedil dengan tepat sasaran sehingga pada jarak sejauh 20km.

0 3,881

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika keseluruhan rantau Timur Tengah berada di ambang peperangan, tentera darat Iran telah mendedahkan peluru berpandu anti-armor jarak jauh “Shafaq” yang berkeupayaan membedil sasaran seperti kereta kebal dan kereta perisai dari jarak sejauh 20km.

Peluru berpandu berketepatan tinggi itu didedahkan dalam satu majlis yang dihadiri oleh panglima tentera darat Iran Abdolrahim Mousavi dan pegawai-pegawai kanan yang lain di Teheran baru-baru ini.

Direkabentuk dan dibangunkan oleh pakar-pakar persenjataan Iran, peluru berpandu anti-armor “Shafaq” itu berkemampuan membedil dengan tepat sasaran sehingga pada jarak sejauh 20km.

Peluru berpandu terbabit boleh digunakan untuk pelbagai operasi taktikal dan strategik.

“Shafaq” yang dilengkapi dengan teknologi fire-and-forget, peledak yang telah dinaiktaraf  dan sister infrared search and track boleh dibawa oleh pelbagai jenis helikopter milik Pasukan Udara Tentera Darat Iran.

Peluru berpandu anti-armor itu boleh membedil sasaran pada semua jenis keadaan cuaca dan pada waktu malam.

Sementara itu, pihak tentera darat Iran juga telah mendedahkan pelbagai sistem persenjataan yang lain seperti alat pandang malam “Yousef”, sistem simulasi kombat, sistem perlindungan airborne, pelbagai air-launched cruise missile (ALCM) dan sistem pesawat tanpa pemandu.

Dalam video yang disiarkan oleh akaun X (dahulu dikenali Twitter) @IranDefense, menunjukkan sebuah helikopter bersenjayta AH-1J Cobra Iran dilengkap dengan dua pylon yang masing-masing dilengkapi dengan tiga buah peluru berpandu anti-amor “Shafaq”.

Helikopter bersenjata AH-1J Cobra milik Iran adalah varian dari helikopter Cobra yang dibangunkan oleh syarikat Bell Helicopter untuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

Shafaq

Shafaq
Helikopter AH-1J Cobra Tentera Iran dengan peluru berpandu “Shafaq”

 

Iran memperolehi beberapa buah helikopter bersenjata itu daripada Amerika Syarikat sebelum Revolusi Islam pada 1979.

Selepas berlakunya Revolusi Islam, Iran telah bertindak menyelenggaran dan meningkatkan kemampuan helikopter ini secara dalam negeri menggunakan kepakaran tempatan yang dimiliki oleh Iranian Aircraft Manufacturing Industries (IAMI).

Iran dipercayai masih mengoperasikan sehingga 80 buah helikopter Cobra terbabit. — DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com 

Comments
Loading...