Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Azerbaijan Bakal Jadi Pelanggan Terbaru Pesawat Pejuang JF-17 “Thunder” Block III

Secara geo-strategik, perolehan pesawat JF-17 Block III yang dibangunkan oleh Pakistan dan China itu merupakan kejayaan bagi Beijing dan Islamabad dalam menembusi pasaran senjata di rantau Asia Tengah yang sebelum ini didominasi oleh syarikat-syarikat senjata Russia. 

0 3,911

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Azerbaijan dilapor sedang berunding dengan Pakistan untuk memperolehi sejumlah varian terkini pesawat pejuang JF-17 “Thunder” Block III dalam perjanjian yang dianggarkan bernilai US$1.6 billion (RM7.2 billion).

Sekiranya Azerbaijan benar-benar memperolehi pesawat pejuang JF-17 Block 17 itu, maka ia adalah suatu “kemenangan besar” bagi Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu  Aircraft  Industry Group (CAIG) daripada China yang bersama-sama membangunkan pesawat pejuang itu.

Perjanjian itu akan meliputi aspek latihan dan sistem persenjataan yang bakal melengkapkan pesawat pejuang JF-17.

Menurut laporan oleh Air Operations Syndicate, pesawat-pesawat JF-17 Block III yang bakal diperolehi oleh Azerbaijan itu akan menggantikan pesawat pejuang MiG-29 yang kini digunakan oleh tentera udara negara itu.

Secara geo-strategik, perolehan pesawat JF-17 Block III yang dibangunkan oleh Pakistan dan China itu merupakan kejayaan bagi Beijing dan Islamabad dalam menembusi pasaran senjata di rantau Asia Tengah yang sebelum ini didominasi oleh syarikat-syarikat senjata Russia.

JF-17
JF-17

 

Bagaimanapun bagi negara yang kaya dengan sumber minyak dan gas, Azerbaijan banyak membeli senjata untuk angkatan tenteranya daripada negara-negara seperti Turkiye dan Israel.

Menjelang tahun ini atau tahun depan, Tentera Udara Pakistan dilaporkan akan  memiliki kira-kira 50 buah pesawat JF-17 Block 3 bagi menambah pegangan 98 buah pesawat JF-17 Block 1 dan JF-17 Block 2 yang dimilikinya pada ketika ini.

Pesawat pejuang JF-17 Block 3 dilaporkan memiliki DNA pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 “Mighty Dragon”.

Varian terbaru pesawat pejuang JF-17 Block 3 itu lebih moden dan berkeupayaan kerana ia turut dilengkapi dengan teknologi pesawat pejuang generasi kelima,  J-20 dan dibangunkan sejak dua tahun lepas.

Penganalisis pertahanan Pakistan menyifatkan JF-17 Block 3 sebagai “game changer” dalam persaingan udara negara itu dengan musuh tradisinya, India.

Antara kemampuan terbaru JF-17 Block 3 berbanding JF-17 Block 2 adalah ia dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “KLJ-7A” yang dibangunkan oleh syarikat teknologi China iaitu China Electronics Technology Group.

Pakistan
JF-17

 

Penganalisis tentera China mendakwa radar AESA KLJ-7A adalah setanding dengan radar AN/APG-81 yang dimiliki oleh pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat, F-35 dan radar N036 phased array radar yang digunakan oleh pesawat Su-57 Russia.

Bagi sistem persenjataan udara-ke-udara pula, pesawat JF-17 Block 3 ini akan dilengkapi dengan dua jenis peluru berpandu iaitu PL-10 yang turut digunakan oleh pesawat termoden China, J-20 “Mighty Dragon.”

Peluru berpandu udara-ke-udara “PL-10” adalah peluru berpandu jarak dekat yang setanding dengan peluru berpandu AIM-9X buatan Amerika Syarikat.

Satu lagi peluru berpandu udara-ke-udara yang melengkapkan pesawat JF-17 Block 3 adalah “PL-15” yang memiliki jarak operasi sejauh 200km hingga 300km, memberikan kelebihan berbanding peluru berpandu udara-ke-udara dimiliki oleh pesawat-pesawat India. — DSA

(LAGI ARTIKEL TENTANG JF-17 “THUNDER”)

Notis

 

Comments
Loading...