Dari “Damocles” Ke “Talios”, Pod Sasaran Generasi Baru Dari Thales
Pod sasaran generasi baru “Talios” ini dibangunkan oleh syarikat Thales dan ia lebih berkemampuan daripada pod sasaran “Damocles” yang digunakan oleh varian pesawat Rafale sebelum ini dan juga pesawat Sukhoi Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemampuan membidik sasaran dan pemantauan oleh pesawat pejuang Rafale, pihak Defense Procurement Agency (DGA) Perancis telah memperolehi pod sasaran (targeting pod) generasi baru dipanggil “Talios” (Targeting Long Range Identification Optronic System) untuk digandingkan dengan pesawat pejuang omni-role itu.
Pihak agensi perolehan Perancis itu telah memesan 21 buah pod sasaran “Talios” untuk digandingkan dengan pesawat-pesawat Rafale yang digunakan oleh Tentera Udara dan Tentera Laut Perancis.
Sebelum ini Perancis juga telah memperolehi 46 buah pod sasaran “Talios”, menjadikan bilangan keseluruhan pod sasaran generasi terbaru yang dimiliki oleh Perancis pada ketika ini ada 67 buah.

Pod sasaran generasi baru “Talios” ini dibangunkan oleh syarikat Thales dan ia lebih berkemampuan daripada pod sasaran “Damocles” yang digunakan oleh varian pesawat Rafale sebelum ini.
Pod sasaran “Damocles” turut sama digunakan oleh pesawat-pesawat Sukhoi Su-30MKM dan mana tahu sekiranya mempunyai peruntukan semasa program Mid Life Upgrade (MLU), maka pesawat pejuang TUDM itu boleh dipasang dengan pod sasaran generasi baru “Talios.”
“Talios” telah pun digunakan oleh varian terkini pesawat Rafale yang digunakan oleh Tentera Udara dan Tentera Laut Perancis, serta varian F4 yang bakal dioperasi oleh negara itu serta pelangganya yang lain termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia.
Rafale F4 adalah varian terkini pesawat pejuang onmi-role.
Varian pesawat Rafale F4 itu akan dilengkapi dengan Sistem Prognosis dan Diagnostic Aid yang baru yang memperkenalkan kemampuan predictive, sistem kawalan enjin yang baru (engine control unit) dan lain-lain sistem yang berdasarkan kepada penyelesaian Big Data dan AI (Artificial Intelligence).
Antara keupayaan-keupayaan baru yang melengkapi varian pesawat pejuang baru Rafale F4-1 adalah radar AESA (Advanced Electronically Thales Scanned Array) RBE2 dan sistem peperangan elektronik Spectra (Self-Protection Equipment Countering Threats to Rafale Aircraft) .
Menurut naib presiden eksekutif Thales Land and Air System Christophe Salomon, pod sasaran dan pemantauan “Talios” itu akan memberikan Angkatan Tentera Perancis kelebihan ketika melaksanakan misi dan operasi di lapangan.
Comments are closed.