Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

UAE, Indonesia Pilih Varian Pesawat Rafale F4-1 “Super Fighter”

Kedua-dua negara, Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia akan dibekalkan dengan varian pesawat Rafale yang paling terkini iaitu “F4-1”, dengan beberapa peningkatan kemampuan berbanding varian pesawat pejuang Rafale terdahulu iaitu “F3-R”.

0 3,542

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Disember 2021, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menandatangani perjanjian dengan Dassault Aviation daripada Perancis untuk membeli 80 buah pesawat pejuang generasi 4.5 “Rafale.”

Dan pada Februari lepas,  negara jiran kita pula, Indonesia telah menandatangani perjanjian untuk memperolehi enam buah pesawat pejuang Rafale, dengan kemungkinan Jakarta membeli 36 buah pesawat itu lagi pada akan selepas ini.

Ia menjadikan keseluruhan pesawat Rafale yang bakal dimiliki oleh Indonesia kepada 42 buah.

Rafale F4-1

Kedua-dua negara ini akan dibekalkan dengan varian pesawat Rafale yang paling terkini iaitu “F4-1”, dengan beberapa peningkatan kemampuan berbanding varian terdahulu iaitu “F3-R”.

Pesawat Rafale varian F4-1 dengan kemampuan lebih tinggi berbanding varian F3-R boleh menyebabkan UAE dan Indonesia melupakan pesawat F-35 yang diidamkan oleh mereka.

Sememangnya varian pesawat Rafale F4-1 beliau lagi keluar di pasaran kerana Directorate General of Armaments (DGA) Perancis pada bulan April mengeluarkan kenyataan bahawa ia baru sahaja memulakan ujian terhadap varian pesawat itu selepas dua tahun kerja-kerja.

Menurut Menteri Angkatan Tentera Perancis pada ketika itu berkata bahawa varian pesawat Rafale F4-1 merupakan suatu peningkatan teknologi, industri dan strategik.

Rafale F4-1
“Talios” Advanced Targeting Pod

 

Varian pesawat Rafale F4-1 akan dilengkapi dengan Sistem Prognosis dan Diagnostic Aid yang baru yang memperkenalkan kemampuan predictive, sistem kawalan enjin yang baru (engine control unit) dan lain-lain sistem yang berdasarkan kepada penyelesaian Big Data dan AI (Artificial Intelligence).

Antara keupayaan-keupayaan baru yang melengkapi varian pesawat pejuang baru Rafale F4-1 adalah radar AESA (Advanced Electronically Thales Scanned Array) RBE2 dan  sistem peperangan elektronik Spectra (Self-Protection Equipment Countering Threats to Rafale Aircraft) .

Pesawat-pesawat Rafale F4-1 juga akan dilengkapi dengan targeting pod yang baru dikenali sebagai “Talios” menggantikan targeting pod dikenali sebagai “Damocles” (yang digunakan oleh pesawat Su-30MKM TUDM)

Rafale F4-1

Selain itu, varian pesawat pejuang Rafale paling berkemampuan itu juga akan dlengkapi dengan Reco NG Reconnaisance Pod dan peralatan komunikasi yang canggih, Thales Scorpion Helmet Mounted Display, peluru berpandu udara-ke-udara “MICA NG (Next Generation) serta peluru berpandu udara-ke-udara SAFRAN dan HAMMER precision guided munitions.

Setiap pesawat itu mampu membawa sehingga tiga buah bom panduan laser AASM (Sagem Armement Air-Sol Modulaire  yang setiap satunya adalah seberat 1,000kg.

Pesawat Rafale F4-1 juga akan menggunakan Scorpion Helmet Mounted Display, selain pesawat itu bakal digandingkan dengan peluru berpandu Beyond Visual Range Air-To-Air Missile) , BVRAAM.

Rafale F4-1

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dengan 14 buah hardpoints, sebuah pesawat Rafale F4-1 mampu membawa pelbagai sistem persenjataan seberat sembilan tan.

Ia juga berkemampuan membawa peluru berpandu nuklear “ASMP-A” dengan bahan peledak 300 tan untuk tugasan strategic, selain peluru berpandu kruis SCALP-EG. — DSA

Comments
Loading...