Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Walau Digelar “Keranda Terbang,” Masih Ada Negara Guna A-4 Skyhawk

Pesawat A-4 Skyhawk dibangunkan oleh McDonnel-Douglas (kini Boeing) amat dekat dengan TUDM yang memperolehi sejumlah 80 buah pesawat itu daripada Amerika Syarikat pada 1982 dengan harga US$1 juta setiap satu sebelum bertindak menamatkan perkhidmataannya kerana kadar kemalangan yang tinggi sehingga diberi gelaran "keranda terbang."

0 4,323

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Walaupun sesetengah negara menggelarnya sebagai “keranda terbang” (flying coffin” tetapi Tentera Laut Brazil masih menaruh kepercayaan kepada kemampuan pesawat berusia A4- Skyhawk itu, malah negara Amerika Selatan itu telah bertindak menaiktarafnya kepada varian AF-1 dan melengkapkannya dengan peralatan moden.

Pesawat AF-1 Skyhawk yang dipertingkat dan dinaiktaraf oleh syarikat aeroangkasa Embraer itu telah diserahkan kepada Tentera Laut Brazil di Gavião Peixoto, São Paulo baru-baru ini.

Di bawah program modenisasi tersebut, lima pesawat Skyhawk satu tempat duduk milik Tentera Laut Brazil telah dinaik taraf kepada konfigurasi AF-1B bersama-sama dua pesawat dua tempat duduk Skyhawk kepada standard AF-1C.

Skyhawk

Dibawah program modenisasi itu, pesawat-pesawat A-4 Skyhawk Tentera Laut Brazil itu dilengkapkan dengan sistem navigasi yang baru, persenjataan, power generation, komputer, komunikasi taktikal, sistem sensor termasuk radar multi-mode yang canggih.

Syarikat Embraer turut membangunkan sistem simulator untuk melatih juruterbangnya menerbangkan pesawat pejuang Skyhawk yang dipertingkatkan kemampuannya.

Pesawat A-4 Skyhawk yang dibangunkan oleh McDonnel-Douglas (kini Boeing) amat dekat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang memperolehi sejumlah 80 buah pesawat itu daripada Amerika Syarikat pada 1982 dengan harga US$1 juta setiap satu.

Skyhawk

80 buah pesawat Skyhawk itu adalah pesawat terpakai yang sebelum itu digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat yang disimpan di Pangkalan Udara Davis Monthan.

40 buah daripada kerangka pesawat pejuang ringan itu telah dibaikpulih untuk kegunaan TUDM, manakala 34 buah varian A-4PTM (Peculiar to Malaysia) digunakan untuk alat ganti.

Pesawat-pesawat Skyhawk yang telah dibaikpulih itu mula dihantar ke Malaysia untuk kegunaan TUDM pada 1984 dan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan serta berkhidmat dengan No. 6 dan No.9 Skuadron.

Skyhawk

Pesawat A-4 Skyhawk PTM yang digunakan TUDM menggunakan enjin Wright J65-W-420 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj.

Pesawat-pesawat A-4PTM juga dilengkapi dengan alat mengisi minyak dalam penerbangan daripada pesawat induk KC-130H Hercules atau dari pesawat Skyhawk lain yang dipasangkan dengan buddy tank.

Malangnya pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan sepanjang perkhidmatannya dengan TUDM dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan kematian juruterbang.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Skyhawk

Selepas mengalami siri kemalangan yang mengakibatkan kematian juruterbang, TUDM akhirnya menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang Skyhawk yang digelar “keranda terbang” (the flying coffin) .

Pihak TUDM bertindak menggantikannya pesawat pejuang Skyhawk itu dengan pesawat Hawk 100 dan Hawk 200 buatan syarikat BAE Systems.

Pada 2003, TUDM telah membuat keputusan untuk menjual kesemua pesawat Skyhawk miliknya termasuk pesawat-pesawat yang tersadai di padang pasir di Amerika Syarikat itu. — DSA

Comments
Loading...