Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hakim Perancis Dakwa Thales Subahat Rasuah Penjualan “Scorpene” Pada M’sia

Pada tahun 2002 itu, Malaysia membeli dua buah kapal selam jenis “Scorpene” dan sebuah kapal selam “Agosta” yang digunakan untuk tujuan latihan daripada syarikat pembuat kapal Perancis, DCN (kini adalah sebahagian daripada Thales). Pembelian tiga buah kapal selam itu bernilai US$1.2 bilion atau RM5.23 bilion.

0 3,721

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang hakim Perancis telah mendakwa konglomerat pertahanan negara itu, Thales kerana bersubahat dengan perbuatan rasuah berkenaan penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.

Perkembangan itu dinyatakan oleh sumber kepada agensi berita AFP semalam.

Pada tahun 2002 itu, Malaysia membeli dua buah kapal selam jenis “Scorpene” dan sebuah kapal selam “Agosta” yang digunakan untuk tujuan latihan daripada syarikat pembuat kapal Perancis, DCN (kini adalah sebahagian daripada Thales).

Scorpene
Kapal Selam TLDM

 

Pembelian tiga buah kapal selam itu bernilai US$1.2 bilion atau RM5.23 bilion.

Menurut agensi berita antarabangsa itu lagi, secara keseluruhannya sebanyak sembilan orang defendan termasuk Thales telah didakwa di Perancis.

Bagaimanapun siasatan telah pun ditutup pada Januari tahun ini, menurut sumber itu.

Antara defendan-defendan terbabit adalah, Philippe Japiot yang merupakan pengerusi kepada DCN International dan juga Jean-Paul Perrier yang adalah bekas eksekutif syarikat Thales bersama-sama dua orang lagi bekas eksekutif.

Scorpene
KD Tunku Abdul Rahman dan helikopter Fennec TLDM.

 

Keempat-empat mereka menafikan mereka telah melakukan sebarang kesalahan manakala kerajaan Malaysia pula mengatakan bahawa kontrak pembelian kapal selam itu adalah bebas daripada sebarang unsur rasuah.

Ketika dihubungi oleh AFP, syarikat Thales itu berkata ia menafikan sebarang tuduhan dengan sekeras-kerasnya.

Pihak pendakwaan daripada pejabat jenayah kewangan PNF Perancis berkata bahawa ia akan menimbangkan permintaan lanjut kepada hakim terbabit.

Menurut agensi berita AFP itu lagi, hakim terbabit mempunyai hak untuk menentukan sama ada kes itu dibicarakan atau tidak, walaupun rayuan telah difailkan pada bulan Mei 2021.

Scorpene
Torpedo Black Shark yang melengkapi kapal selam TLDM

 

 Pada ketika ini, Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengoperasikan dua buah kapal selam jenis “Scorpene” kelas-Perdana Menteri yang diberikan nama,  KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak.

Kedua-dua buah kapal selam “Scorpene” negara itu berpengkalan di Kota Kinabalu manakala kapal selam “Agosta” itu telah ditamatkan khidmatnya dan kini dijadikan muzium.

Scorpene
Gambar pelancaran peluru berpandu SM-39 oleh kapal selam TLDM beberapa tahun lepas. (gambar fail)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sudah 13 tahun negara mengoperasi kapal selam “Scorpene” yang dibangunkan oleh firma DCN daripada Perancis dan Navantia daripada Sepanyol.

Hanya TLDM sahaja mengoperasikan kapal selam “Scorpene”di rantau ini.

Dibeli pada 2002, kedua-dua kapal selam berkenaan tiba di Malaysia pada September 2009 dan Julai 2010. — DSA

Comments
Loading...