Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

India Cuba Pikat Filipina Pula Dengan Pesawat “Tejas” ?

Berikutan kejayaan India menjual sistem peluru berpandu anti-kapal “Brahmos” kepada Filipina beberapa bulan lepas, New Delhi kini merasakan ia berpeluang untuk menjual sistem persenjataan keluaran India yang lain kepada Manila termasuk pesawat pejuang Tejas yang turut ditawarkan kepada Malaysia.

0 2,301

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Hindustan Aeronautics Limited (HAL) daripada India yang bertanggungjawab membangunkan pesawat pejuang “Tejas” kini cuba menarik minat Filipina pula supaya membeli pesawat pejuang kebanggaan industri pertahanan India itu.

Berikutan kejayaan India menjual sistem peluru berpandu anti-kapal “Brahmos” kepada Filipina beberapa bulan lepas, New Delhi kini merasakan ia berpeluang untuk menjual sistem persenjataan keluaran India yang lain kepada Manila termasuk pesawat pejuang Tejas yang turut ditawarkan kepada Malaysia.

Syarikat HAL berhadapan dengan tekanan yang tinggi daripada rakyat dan kerajaan India untuk mendapatkan pasaran eksport pertama bagi pesawat pejuang Tejas.

Tejas

Ini kerana pesawat pejuang hasil usahasama antara dua musuh tradisinya, China dan Pakistan iaitu JF-17 “Thunder” telah berjaya dijual ke beberapa negara luar.

Adalah amat “memalukan” untuk India kalah dalam persaingan dengan Pakistan dan China dalam mengeksport pesawat pejuang yang dibangunkan mereka kepada pengguna-pengguna luar.

Baru-baru ini media India melaporkan bahawa HAL telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Philippine Aerospace Development Corporation (PADC).

Sumber-sumber yang dipetik oleh media India berkata, Filipina sedang mempertimbangkan beberapa sistem persenjataan buatan India seperti helikopter dan pesawat pejuang untuk digunakan oleh tentera Filipina.

Brahmos
Sistem Brahmos

 

Walaupun terdapat cubaan untuk menarik perhatian Manila terhadap pesawat pejuang Tejas, peluangnya untuk mencapai kejayaan itu adalah tipis kerana Filipina pada ketika ini menggunakan pesawat FA-50 buatan Korea Aerospace Industries (KAI) daripada Korea Selatan.

Filipina dikatakan cuba menambah bilangan pesawat FA-50 atau membeli pesawat pejuang seperti FA-16 Viper dan Saab Gripen.

Minat yang ditunjukkan oleh tentera Filipina terhadap sistem persenjataan buatan syarikat-syarikat pertahanan India itu melonjak naik selepas Manila membelanjakan US$368 juta (RM1.47 bilion) untuk mendapatkan sistem peluru berpandu anti-kapal “Brahmos”.

Selepas kejayaan “Brahmos”, India melihat terdapat peluang untuk memasarkan sistem-sistem pertahanan yang lain kepada Filipina.

Tejas
Helikopter buatan India “Dhruv”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Varian “Brahmos” yang diperolehi oleh Manila itu adalah shore-based.

Ia adalah kejayaan eksport pertama bagi sistem peluru berpandu anti-kapal terbabit yang dibangunkan Brahmos Aerospace Private Ltd  yang merupakan syarikat usahasama di antara Defence Research and Development Organisation (DRDO) daripada India dan NPO Mashinostreyenia (NPOM) daripada Russia.

Filipina mahu menggunakan sistem peluru berpandu Brahmos itu untuk mencegah China daripada sebarang cubaan merampas dan menduduki pulau atau terumbu-terumbu karang yang berada dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusifnya (ZEE) di Laut China Selatan.

— DSA

Comments
Loading...