Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Letak Radar AESA Pada “Legacy Hornet”, TUDM Boleh Ikut Sama…

Memandangkan TUDM bercadang menggunakan kelapan-lapan buah pesawat F/A-18D Hornet sehingga ke tahun 2035, maka adalah wajar untuk ia mempertimbangan agar pesawat Hornet-nya itu turut dilengkapkan dengan  dengan radar APG-79 (V) 4 AESA (Active Electronically Scanned Array) itu.

0 5,389

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu perkembangan yang amat menarik untuk dipantau oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pengguna F/A-18D “Hornet” yang lain,  syarikat Raytheon telah berjaya menerbangkan pesawat F/A-18C/D atau dipanggil “Legacy Hornet” yang dilengkapkan dengan radar APG-79 (V) 4 Active Electronically Scanned Array (AESA) baru-baru ini.

Radar APG-79 (V) 4 AESA adalah derivatif atau varian kepada radar APG-79 AESA yang kini digunakan oleh pesawat-pesawat F/A-18E/F “Super Hornet” dengan kedua-duanya menggunakan teknologi dan komponen yang sama.

Pesawat pejuang Hornet yang dilengkapi dengan radar AESA itu telah menjalani ujian penerbangan di Naval Air Weapon Station di China Lake, California.

Hornet
Pesawat “Legacy Hornet” F/A-18D milik Kor Marin Amerika.

 

Ia merupakan penerbangan ujian pertama bagi pesawat Hornet yang dilengkapi dengan radar APG-79 (V) 4 AESA selepas prototaip radar itu yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon diserahkan kepada pihak tentera Amerika pada 2021.

Memandangkan TUDM bercadang menggunakan kelapan-lapan buah pesawat F/A-18D Hornet sehingga ke tahun 2035, maka adalah wajar untuk ia mempertimbangan agar pesawat Hornet-nya itu turut dilengkapkan dengan  dengan radar APG-79 (V) 4 AESA itu.

Mana la tahu, program naik taraf Mid Life Upgrade (MLU) yang sedang dijalankan oleh TUDM terhadap pesawat F/A-18 Hornet turut meliputi naik taraf radarnya kepada radar AESA.

Ia adakan memastikan pesawat-pesawat pejuang “Legacy Hornet” kita terus dilengkapi dengan teknologi terkini dalam melaksanakan tugasan mereka.

Hornet
Pesawat F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). (pix credit to owner)

 

Menurut syarikat Raytheon, penerbangan ujian itu menunjukkan integrasi radar berkenaan dengan aviionik pesawat Legacy Hornet berjalan dengan lancar dan lebih banyak pernerbangan ujian menggunakan radar AESA itu akan dilakukan.

Syarikat Raytheon juga menyatakan bahawa penerbangan ujian pesawat Hornet dengan radar AESA itu akan membolehkan kerja-kerja integrasi radar itu dengan pesawat Hornet menjadi lebih kos efektif dan mudah diselenggara.

Radar APG-79 (V) 4 AESA yang dilengkapkan pada pesawat Hornet itu adalah radar pertama menggunakan Gallium Nitride (GaN) AESA fire-control technology yang membolehkan radar itu memiliki kemampuan untuk mengesan dan menjejaki pesawat musuh daripada kedudukan yang lebih jauh dan lebih tepat.

Hornet
Pesawat “Legacy Hornet” milik Kor Marin Amerika di sebuah pangkalan udara di Norway baru-baru ini.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Radar AESA itu juga akan membolehkan pesawat dilengkapkan dengan sistem persenjataan yang lebih berkemampuan.

Pada tahun lepas, US Naval Air Systems Command telah menganugerahkan kontrak modifikasi tambahan untuk membekalkan lebih banyak radar bagi pesawat-pesawat Hornet.

Keseluruhan nilai produksi mencecah US$300 juta (RM1.2 bilion) yang meliputi pelanggan-pelanggan dalan dan luar negara.

Pada ketika ini, pesawat-pesawat Hornet TUDM menggunakan radar multi-mode dan semua cuaca  AN/ APG-73.

— DSA

 

 

 

Comments
Loading...