Browsing tag

Korea Utara

Polis Berjaga-Jaga Hadapi Segala Kemungkinan Daripada Korea Utara – Ketua Polis Negara

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan susulan kenyataan berbentuk ugutan dan ancaman yang dikeluarkan oleh Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-Song, semalam.

“Orang yang tengah marah macam begitulah perkataan yang keluar, tetapi kalau dia ada di sini mungkin kita akan ambil tindakan tetapi sebab dia sudah pergi pun, biarlah dia pergi,” katanya Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Jaga-Jaga Terhadap Serangan Siber Korea Utara !!!

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam apabila konsul kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu Song memberi amaran bahawa kita akan “menanggung akibat” kerana mengekstradisi rakyatnya ke Amerika Syarikat, ramai yang tertanya apa bentuk tindak balas yang mampu dilakukan oleh Pyongyang.

Ya, kita semua tahu tentang kemampuan peluru berpandu ballistik tetapi adakah Korea Utara akan bertindak melancarkannya ke Malaysia akibat insiden ini?

Syarikat “Glocom” Di Kuala Lumpur Dan Perisik-Perisik “Reconnaisance General Bureau” Korea Utara

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 2017, agensi media antarabangsa Reuters telah membongkar aktiviti perniagaan sebuah syarikat dinamakan “Glocom” daripada pejabatnya yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Menurut agensi  berita itu, berdasarkan kepada laporan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Majlis Keselamatan badan dunia itu, syarikat “Glocom” ini hanyalah syarikat samaran (front companies) yang dioperasikan oleh agen-agen perisik Korea Utara.

Aktiviti Haram Korea Utara Berpusat Di Asia Tenggara?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Awal pagi tadi, Korea Utara mengumumkan bahawa ia akan memutuskan hubungan dengan Malaysia bagi membantah tindakan mahkamah negara ini memerintahkan Mun Chol Myong supaya diekstradisi ke Amerika Syarikat atas kesalahan pengubahan wang haram.

Myong ditahan oleh polis pada 2019 dan selepas lebih setahun  perbicaraan di mahkamah, pada 9 Mac lalu beliau diperintah supaya diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Kakitangan Kedutaan Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia mengarahkan kakitangan kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Kuala Lumpur supaya meninggalkan negara ini di dalam tempoh 48 jam bermula hari ini, sebagai reaksi terhadap keputusan Pyongyang memutuskan hubungan diplomatik dengan negara ini.

Arahan itu dinyatakan oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Korea Utara Putuskan Hubungan Dengan Malaysia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pyongyang bertindak memutuskan hubungan dengan Malaysia berhubung tindakan mahkamah di Kuala Lumpur memerintahkan seorang warga Korea Utara diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Pengumuman mengenai tindakan memutuskan hubungan dengan Malaysia itu dilakukan oleh agensi berita rasmi Korea Utara rasmi, KCNA.

China, Kuasa Utama Kapal Selam Dunia Menjelang 2030?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menjelang tahun 2030, bilangan kapal selam China akan mengatasi Amerika Syarikat, sekaligus menjadikan negara itu sebagai kuasa bawah permukaan air  (underwater) yang baru di dunia. Pada 2030, bilangan kapal selam China akan mengatasi Amerika sekurang-kurangnya sebanyak 10 buah. “Pada 2030,  tentera laut China (PLAN) dijangka akan memiliki 76 buah kapal selam, […]

[Video] Korea Selatan Bangunkan Peluru Berpandu Taktikal “KTSSM”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Korea Selatan telah meluluskan rancangan untuk menghasilkan secara besar-besar peluru berpandu taktikal darat-ke-darat dipanggil “Korean Tactical Surface-to-Surface Missile” (KTSSM). Korea Selatan merancang untuk menghasilkan 200 buah KTSSM mulai tahun ini hingga 2025. Menurut laporan agensi berita rasmi negara itu, peluru berpandu taktikal itu akan digunakan untuk memusnahkan kubu-kubu bawah tanah […]