Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Buat Kali Kedua Dalam Tempoh 24 Jam, KPN Ingatkan Polis Waspada Ancaman Korea Utara

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sentiasa berwaspada daripada semua aspek.

0 4,081

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Buat kali kedua dalam tempoh 24 jam, Ketua Polis Negara sekali lagi mengingatkan anggotanya supaya meningkatkan kawalan keselamatan di “lokasi-lokasi sensitif” berikutan risiko ancaman Korea Utara yang mengatakan Malaysia ‘akan menerima akibat’ kerana mengekstradisi seorang rakyat negara itu ke Amerika Syarikat.

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sentiasa berwaspada daripada semua aspek.

KORUT

Beliau berkata ia melibatkan kawalan-kawalan keselamatan “di lokasi-lokasi sensitif, sehingga satu masa cukup selesa sehingga tiada lagi risiko.”

“Dengan Korea Utara, kami sentiasa mengambil pendekatan untuk berhati-hati. Sebab banyak kejadian-kejadian mengaibkan dengan negara tersebut.

“Sebenarnya, apa yang berlaku baru-baru ini bukan kerana kita ingin bermusuhan dengan mereka, tetapi Korea Utara sendiri yang memutuskan untuk putuskan hubungan sebab ekstradisi itu. Kena faham bahawa ada (proses) undang-undang yang terlibat dan kita bukan bertindak sesuka hati.

 

“Tapi, kalau dia tak puas hati dengan apa yang berlaku, mereka boleh bawa ke PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan sebagainya.

“Kita hati-hati berkemungkinan berlaku sesuatu yang tak baik.

“Saya sudah mengingatkan semua ketua polis negeri untuk memantau situasi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, hari ini.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...