Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jangan Perkecil Kebolehan Korea Utara Laksana “Serangan Pengganas”, “Pembunuhan”

Professor Sung Yoon-Lee daripada Tufts University berkata, rejim di Pyongyang akan menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam atas tindakan Malaysia mengekstradisi rakyatnya ke Amerika Syarikat.

0 2,490

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang professor pengajian Korea di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat memberikan amaran bahawa Korea Utara mempunyai kemampuan yang tidak boleh boleh diperkecilkan termasuk dalam melaksanakan “serangan pengganas” dan “pembunuhan.”

Dipetik sebagai berkata oleh versi online akhbar The South China Morning Post, Professor Sung Yoon-Lee daripada Tufts University berkata, rejim di Pyongyang akan menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam atas tindakan Malaysia mengekstradisi rakyatnya ke Amerika Syarikat.

Kim Jong Nam
Detik pembunuhan Kim Jong Nam di KLIA berjaya dirakam oleh CCTV lapangan terbang itu.

“Serangan siber adalah satu satu daripada cara untuk membalas dendam tetapi serangan pengganas konvensional dan pembunuhan tidak boleh diketepikan.

“Sasaran (serangan) kimia seperti yang dilakukan terhadap Kim Jong Nam di bumi Malaysia mungkin tidak akan berlaku dalam jangka masa terdekat ini, tetapi Korea Utara mungkin lebih bermotivasi untuk melaksanakan provokasi peringkat rendah seperti penculikan dan malah pembunuhan warga Korea Selatan di Malaysia,” kata beliau.

Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dibunuh ketika berada di Lapangan Terbang KL (KLIA).

Beliau dibunuh oleh dua wanita dengan cara menekup mukanya dengan kain yang mengandungi nerve agent “VX”. Kim Jong Nam mati di dalam masa beberapa minit selepas mukanya diserkup dengan kain mengandungi bahan kimia berbahaya itu.

Kedua-dua wanita itu, seorang warga Indonesia dan serorang Vietnam dipercayai bertindak atas arahan agen-agen perisik (handler) Korea Utara yang meninggalkan Malaysia pada hari kejadian,tidak lama selepas Kim Jong Nam berjaya dibunuh.

Professor university Amerika Syarikat itu juga tidak menolak kemungkinan warga Malaysia dan Korea Selatan diculik, walaupun kemungkinan kejadian itu berlaku pada ketika adalah amat rendah.

“Suatu ketika dahulu, telah berlaku beberapa kejadian penculikan warga Korea Selatan di Eropah. Oleh itu, kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan penculikan atau pembunuhan warga Korea Selatan dan Malaysia pada masa depan,” katanya.

Professor itu berkata, terdapat ancaman yang menyakinkan bahawa rakyat Amerika Syarikat mungkin dijadikan tebusan.

Kim Jong Nam
Kedua-dua wanita yang terlibat dalam pembunuhan Kim Jong Nam.

Lee mengingatkan kepada satu kejadian yang berlaku pada 1978 apabila empat warga Malaysia dan seorang Singapura “hilang” ketika menghadiri satu parti di atas bot di pantai Singapura.

Agen-agen Korea Utara disyaki bertanggungjawab atas kehilangan kelima-lima wanita itu.

Seorang artis Korea Selatan yang menjadi mangsa penculikan dan seorang tentera Amerika Syarikat yang melarikan diri ke Korea Utara mendakwa mereka pernah menemui salah seorang warga Malaysia yang diculik itu.

Artis Korea Selatan dan tentera Amerika Syarikat telah meninggalkan Korea Utara selepas berdekad menghabiskan masa di negara itu.

Pada 2002, Korea Utara mengakui mereka bertanggungjawab menculik 13 orang warga Jepun pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an untuk melatih mereka sebagai perisik.

Pihak polis mengambil pendekatan berjaga-jaga selepas konsul di kedutaan Korea Utara Kim Yu Song memberi amaran bahawa Malaysia akan “menanggung akibat” selepas mengekstradisi rakyatnya ke Amerika Syarikat.

Mun Chol Myong ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia pada 2019 dan selepas menjalani proses perundangan selama dua tahun di mahkamah negara ini, beliau diperintahkan supaya diekstradisi ke Amerika Syarikat pada 9 Mac lepas.

Keputusan mahkamah Malaysia supaya warga Korea Utara itu diekstradisi ke Amerika Syarikat telah membangkitkan kemarahan Pyongyang yang bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

Kedua-dua negara telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1973.

Sebagai tindak balas, Wisma Putra mengarahkan kesemua kakitangan diplomatic dan tanggungan mereka meninggalkan Malaysia di dalam tempoh 48 jam.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...