Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Jarak Dekat – Pegawai Amerika Syarikat

Bagaimana pelancaran peluru berpandu itu dipercayai tiada kaitan dengan keputusannya memutuskan hubungan dengan Malaysia berhubung isu ekstradisi rakyatnya ke Amerika Syarikat.

0 5,258

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Korea Utara dilaporkan telah melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat beberapa hari lepas tetapi motif disebalik pelancarannya tidak dapat dipastikan, menurut pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat.

Bagaimana pelancaran peluru berpandu itu dipercayai tiada kaitan dengan keputusannya memutuskan hubungan dengan Malaysia berhubung isu ekstradisi rakyatnya ke Amerika Syarikat.

Korea Utara

Pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara itu dipercayai sebagai respons terhadap latihan tentera antara Amerika Syarikat dengan Korea Selatan, sekaligus cabaran terhadap pentadbiran Presiden Jo Biden.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Llyod Austin juga berada di Korea Selatan minggu lepas.

Sejak beberapa minggu lepas, pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat mengatakan Pyongyang sedang bersiap-sedia untuk melancarkan peluru berpandu selepas adik perempuan pemimpinnya, Kim Yo Jong memberi amaran kepada Washington.

Pegawai Amerika berkata pelancaran dua butir peluru berpandu itu adalah tindakan provokasi oleh Pyongyang, selain mahu menghantar mesej kepada Washington.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...