Korea Selatan Kerah KF-16, FA-50 “Tembak Jatuh” Peluru-Peluru Berpandu Ballistik Korea Utara

Dalam latihan udara yang membabitkan 10 pesawat pejuang itu, pesawat-pesawat pejuang KF-16 dan FA-50 milik Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) itu telah melancarkan peluru-peluru berpandu udara-ke-udara untuk menembak dron yang bertindak sebagai “peluru berpandu ballistik” dilancar Pyongyang.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketika ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak akibat tindakan Korea Utara melancarkan pelbagai ujian pelancaran peluru berpandu, Seoul pula mengerah pesawat-pesawat pejuang untuk melaksanakan latihan udara untuk menembak jatuh peluru-peluru ballistik dilancar oleh Pyonyang.

Dalam latihan yang diadakan beberapa hari lepas, Korea Selatan telah mengerah pesawat-pesawat pejuang KF-16 (varian F-16) dan FA-50 yang terlibat dalam latihan udara itu untuk menangani serangan “peluru-peluru berpandu” yang dilancarkan oleh musuh tradisinya, Korea Utara.

Pesawat-pesawat FA-50 dan KF-16 dilaporkan telah berjaya menambak jatuh

Selain ancaman peluru berpandu ballistik Korea Utara, pesawat-pesawat pejuang tentera udara Korea Selatan itu juga menggugurkan bom-bom pintar terhadap  kedudukan artilleri Pyonyang dalam latihan udara yang dilaksanakan sempena bermulanya Latihan Freedom Shield antara Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Latihan bersama Freedom Shield antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat itu telah bermula minggu lepas dan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan yang dimiliki oleh Combined Military Combined Center (CMCC) bersama-sama pusat pemerintahan tentera kedua-dua yang lain.

Peluru berpandu ballistik KN-23 milik Korea Utara.

 

Dalam latihan udara yang membabitkan 10 pesawat pejuang itu, pesawat-pesawat pejuang KF-16 dan FA-50 milik Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) itu telah melancarkan peluru-peluru berpandu udara-ke-udara untuk menembak dron yang bertindak sebagai “peluru berpandu ballistik” dilancar Pyongyang.

Tidak dinyatakan jenis peluru berpandu udara-ke-udara yang dilancarkan oleh pesawat-pesawat pejuang ROKAF itu terhadap sasaran udara dalam latihan itu, tetapi dipercayai ROKAF melancarkan peluru berpandu AIM-120 AMRAAM terhadap sasaran.

Selain peluru berpandu jarak jauh AIM-120 AMRAAM dan jarak dekat AIM-9, Korea Aerospace Industries (KAI) yang membangunkan pesawat pejuang FA-50 serta syarikat pertahanan Jerman, Diehl Defence telah  menjalin kerjasama yang bakal menyaksikan pesawat-pesawat pejuang FA-50 dan KF-21 “Boramae” keluaran syarikat Korea Selatan itu dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana “IRIS-T” keluaran syarikat Jerman  itu.

Peluru berpandu udara-ke-udara “IRIS-T” itu dibangunkan oleh Diehl Defence dan mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran udara pada jarak 25km menggunakan panduan infrared homing/radar homing.

Pada Mac tahun lepas, KAI juga telah berjaya melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “Meteor BVR (Beyond Visual Range)” yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan MBDA.

FA-50
KF-16 ROKAF

 

Kerjasama dengan MBDA itu juga bakal menyaksikan pesawat pejuang dibangunkan oleh KAI termasuk KF-21 “Boramae” dengan peluru-peluru berpandu yang lain seperti SPEAR, ASRAAM dan Brimstone yang dibangunkan oleh syarikat MBDA.

Latihan bersama Freedom Shield 2014 itu telah bermula pada 4 Mac lalu dan berakhir pada Nov 14, 2024 dan turut melibatkan pelbagai aset-aset milik kedua-dua tentera.

Pada hari pertama latihan udara itu, aset-aset penting perisikan  Amerika Syarikat seperti pesawat pemantau RC-135V dan  RC-12X Guardrail turut dikerah bersama-sama  dron HALE (High Altitude Long Endurance  RQ-4 Global dalam latihan bersama itu.

Media-media Korea Selatan menyatakan bahawa Latihan Freedom Shield itu adalah antara terbesar pernah dianjurkan selepas Pyongyang mengundurkan diri daripada perjanjian ketenteraan ditandatangani kedua-dua negara pada tahun lepas. — DSA

FA-50featuredKorea SelatanKorea Utara