Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Korea Selatan Persiap “Hyunmoo-5” Untuk Bedil 8 Ribu Kubu Bawah Tanah Korea Utara

(VIDEO) Peluru berpandu ballistik Hyunmoo-5 itu dibangunkan untuk menjadi komponen penting dalam apa yang dipanggil oleh Korea Selatan sebagai doktrin Korea Massive Punishment and Retaliation (KMPR),iaitu serangan besar-besaran terhadap kemudahan ketenteraan bawah tanah Pyongyang.

0 3,861

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea telah selesai membangunkan peluru berpandu ballistik dipanggil “Hyunmoo-5” khusus untuk bertujuan memusnahkan anggaran 7,000 kemudahan serta pangkalan-pangkalan tentera bawah tanah milik mushnya, Korea Utara.

Peluru berpandu ballistik Hyunmoo-5 itu dibangunkan untuk menjadi komponen penting dalam apa yang dipanggil oleh Korea Selatan sebagai doktrin Korea Massive Punishment and Retaliation (KMPR),iaitu serangan besar-besaran terhadap kemudahan ketenteraan bawah tanah Pyongyang.

Peluru berpandu balistik yang didedahkan kepada orang awam tahun lepas itu direka untuk mensasarkan kemudahan kawalan dan perintah, pangkalan-pangkalan nuklear bawah tanah dan pebagai kemudahan tenteranya yang berkemungkinan terletak ratusan meter di bawah tanah.

Pakar-pakar pertahanan dengan kemampuan membawa peledak seberat di antara lapan hingga sembilan tan, peluru berpandu ballistik Hyunmoo-5 itu mampu memusnahkan kubu-kubu bawah tanah Korea Utara walaupun ia terletak kira-kira 100 meter di bawah permukaan bumi.

Peluru berpandu ballistik Hyunmoo-5 itu juga dijangka akan diletakkan pada kapal “Joint Strike Ship” yang sedang dibangunkan oleh Korea Selatan.

Menurut pemerhati pertahanan, peluru berpandu balistik Hyunmoo-5 yang memiliki diantara lapan hingga sembilan tan peledak itu merupakan peluru berpandu ballistik yang memiliki kepada peledak paling berat diantara peluru-peluru berpandu ballistik di dunia pada ketika ini.

Hyunmoo berkemampuan membedil sasaran sejauh 3,000km tetapi jumlah kepala peledak telah dikurangkan bagi membolehkan ia membawa lebih banyak bahanapi.

Dengan peledak seberat sembilan tan (9,000kg) itulah, Korea Selatan berharap peluru berpandu itu mampu memusnahkan kemudahan dan pangkalan-pangkalan tentera Korea Selatan yang terletak di bawah tanah.

Lagi berat peledaknya yang dipercayai memuatkan “heavy metal”,  lagi berbahaya peluru berpandu balistik Korea Selatan itu terhadap kemudahan-kemudahan ketenteraan Korea Utara, menurut pakar-pakar pertahanan tempatan.

Korea Utara dipercayai memiliki jaringan ribuan kubu-kubu dan pangkalan tentera bawah tanah, untuk mengelak serangan daripada tentera Korea Selatan dan sekutunya, Amerika Syarikat sekiranya peperangan tercetus di Semenanjung Korea.

Kubu-kubu dan pangkalan tentera bawah tanah ini terletak di merata Korea Utara.

Hyunmoo-5
Hyunmoo-2

 

Rejim Pyongyang itu dipercayai telah membina sehingga 7,000 buah kubu dan pangkalan tentera bawah tanah di serata Korea Utara terutamanya di bawah bukit granit sejak berakhirnya Perang Korea pada 1950-1953.

Penganalisis pertahanan serantau juga menjangkakan pengenalan peluru berpandu Hyunmoo-5 bakal menggusarkan lagi negara-negara serantau seperti China dan Jepun yang berkemungkinan mencetuskan perlumbaan senjata terutamanya dalam pembangunan peluru-peluru berpandu balistik.

Berbanding dengan Hyunmoo-2 yang menggunakan pelancaran secara “hot-launch”iaitu enjin peluru berpandu itu dinyalakan di silo, Hyunmoo-5 menggunakan teknik “cold-launch” dimana enjin peluru berpandu dinyalakan hanya apabila ia meninggalkan silonya.

Hyunmoo-2 berkemampuan membedil sasaran sejauh 600-800km.

Hyunmoo

Ketegangan di Semenanjung Korea memuncak berikutan tindakan rejim Pyongyang melancarkan lebih daripada seratus ujian peluru berpandu ballistik, konvensional dan nuklear.

Ujian-ujian peluru berpandu ini disifatkan pemerhati sebagai amaran kepada Korea Selatan dan sekutu utamanya, Amerika Syarikat serta kuasa-kuasa serantau yang lain seperti Jepun. — DSA

Notis
Comments
Loading...