Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sistem MERAD “IRIS-T SLM” Intai Peluang Penuhi Keperluan TUDM

Sistem pertahanan udara jarak sederhana, IRIS-T SLM (Surface Launched Medium) yang direkabentuk dan dibangunkan oleh syarikat Jerman, Dielhl BGT Defence untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Jerman.

0 3,243

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Usaha Malaysia untuk memiliki Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana (Medium Range Air Defence System –MERAD) bakal menyaksikan penyertaan satu lagi sistem pertahanan udara yang dikatakan bakal dikerah ke Ukraine untuk membantu tentera negara itu menentang pencerobohan pesawat dan helikopter kombat Russia.

Sistem pertahanan udara yang sedang mengintai peluang di Malaysia itu adalah IRIS-T SL M (Surface Launched Medium) yang direkabentuk dan dibangunkan oleh syarikat Jerman, Dielhl BGT Defence untuk memenuhi keperluan sistem pertahanan udara jarak sederhana Tentera Udara Jerman.

Sistem pertahanan udara jarak sederhana IRIS-T SLM adalah varian yang lebih canggih peluru berpandu udara-ke-udara IRIS-T yang mula memasuki perkhidmatan tentera udara di beberapa negara terutamanya di Eropah pada 2005.

IRIS-T SLM

Sistem pertahanan udara jarak sederhana yang moden ini adalah amat effektif terhadap kesemua jenis pesawat pejuang dan pesawat kombat yang lain, sistem persenjataan pintar seperti laser guided bombs (LGB), peluru berpandu udara ke darat, peluru berpandu anti-kapal serta roket-roket berkaliber besar.

IRIS-T SLM juga memiliki kemampuan yang tinggi untuk menangani ancaman yang diberikan oleh sistem pesawat tanpa pemandu jarak dekat dan jarak sederhana (Medium Altitude Long Endurance – MALE).

Sistem pertahanan udara jarak sederhana yang dibangunkan oleh syarikat Jerman itu boleh menangani apa-apa ancaman udara sehingga jarak maksimum 40km.

Sistem pertahanan udara jarak sederhana IRIS-T SLM yang lengkap itu terdiri sebuah kenderaan yang membawa lapan pelancar peluru berpandu itu, kenderaan pemerintahan, radar AESA (Active Electronically Scanned Array) 360 darjah untuk tugas-tugas pemantauan dan pengesanan ancaman.

Baru-baru ini kerajaan Jerman diberitakan akan menghantar sistem pertahanan udara jarak sederhanan IRIS-T SLM ke Ukraine, sistem pertahanan udara paling moden Jerman untuk mengawal ruang udara negara itu daripada dicerobohi oleh pesawat Russia.

IRIS-T SLM

Kerajaan Ukraine dikatakan memohon 10 unit sistem pertahanan udara itu dengan segera bagi membantunya menangani serangan tentera Russia di kawasan timur wilayah itu.

Sebelum ini, ruang udara Ukraine di kawal oleh sistem pertahanan udara S-300 miliknya serta yang “didermakan” oleh beberapa negara lain, tetapi laporan perisikan Barat mengatakan kebanyakkan sistem ini telah menjadi mangsa serangan udara dan serangan peluru berpandu tentera Russia.

Sebab itu, Ukraine meminta bantuan Jerman dan negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat untuk menghantar sistem pertahanan udara jarak sederhana dengan cepat ke Ukraine.

Washington dikatakan telah bersetuju untuk menghantar sistem pertahanan udara Patriot ke Ukraine.

S-300
S-300

 

Antara syarikat-syarikat yang telah pun menyatakan minat mereka untuk membekalkan sistem MERAD kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setakat ini adalah — “Norwegian Advanced Surface to Air Missile System) atau NASAM yang dibangunkan oleh syarikat Kongsberg Defence and Aerospace daripada Norway.

Selain firma pertahanan Norway itu, syarikat Korea Selatan LIG Nex1 turut menawarkan sistem MERAD  dibangunkan mereka sendiri iaitu KM-SAM kepada TUDM.

Satu lagi syarikat yang sudah hampir pasti akan cuba memenuhi keperluan TUDM untuk sistem MERAD negara adalah konglomerat pertahanan Eropah, MBDA menerusi sistem pertahanan udara jarak sederhana “ASTER 30 SAMP/T.”

MERAD
Sistem Pertahanan Udara ASTER 30 SAMP-T

 

Pihak Defence Security Asia juga diberitahu China juga berminat untuk membekalkan sistem MERAD kepada Malaysia.

Sistem MERAD yang ditawarkan adalah FK-3 yang merupakan varian eksport kepada sistem pertahanan udara sederhana HQ-22 yang dibangunkan oleh Jiangnan Space Industry.

Pihak Russia sejak daripada sebelum ini sememangnya berminat untuk membekalkan sistem pertahanan udara jarak sederhana “BUK-M3” yang merupakan varian terkini sistem pertahanan udara “BUK.”

Bagaimanapun, peluang Russia untuk memikat hati Kementerian Pertahanan itu adalah amat tipis berikutan sekatan ekonomi yang dihadapinya pada ketika ini. — DSA

 

Comments
Loading...