Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Penduduk Palestin Maut “Dihempap” Bantuan Kemanusiaan Digugurkan Pesawat

(VIDEO) Dalam kejadian terkini, penduduk Palestin bukan sahaja dibunuh oleh bom-bom dan peluru berpandu tentera Israel, mereka kini juga dilaporkan terbunuh akibat “dihempap” oleh bantuan-bantuan kemanusiaan yang digugurkan oleh pesawat-pesawat tentera Amerika Syarikat.

0 640

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Apa yang berlaku kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza pada ketika ini sememangnya adalah satu tragedi kemanusiaan yang dahsyat.

Dalam kejadian terkini, penduduk Palestin bukan sahaja dibunuh oleh bom-bom dan peluru berpandu tentera Israel, mereka kini juga dilaporkan terbunuh akibat “dihempap” oleh bantuan-bantuan kemanusiaan yang digugurkan oleh pesawat-pesawat tentera Amerika Syarikat.

Media-media antarabangsa turut melaporkan kejadian yang “memalukan” bagi tentera Amerika Syarikat itu.

Pegawai-pegawai Palestin di utara Semenanjung Gaza menyatakan bahawa sekurang-kurangnya lima penduduk Palestin terbunuh dihempap oleh bantuan digugurkan daripada udara itu selepas payung terjunnya gagal berfungsi.

Kegagalan payung terjun itu berfungsi telah menyebabkan bantuan-bantuan kemanusian yang berat itu meluncur laju ke darat sebaik sahaja ia digugurkan daripada pesawat-pesawat pengangkut tentera Amerika Syarikat.

Video-video yang viral di media sosial menunjukkan beberapa daripada bantuan kemanusia itu meluncur laju ke daratan sebaik sahaja ia digugurkan oleh pesawat tentera Amerika dan “menghempap” kawasan-kawasan yang diduduki yang warga Palestin di utara Semenanjung Gaza itu.

Menurut pegawai Palestin, bantuan-bantuan kemanusiaan itu dikesan “menghempap” penempatan pelarian Al-Shati yang diduduki oleh ribuan penduduk Palestin yang melarikan diri daripada serangan tentera Israel.

Mereka menyatakan dua daripada lima yang terbunuh itu adalah kanak-kanak manakala 11 penduduk Palestin turut dilaporkan cedera akibat kejadian itu.

Bagaimanapun tentera Amerika Syarikat menafikan penguguran bantuan oleh pesawat-pesawat tentera Amerika Syarikat itu merupakan punca kematian penduduk-penduduk Palestin.

“Kami sedang tentang laporan kematian penduduk awam akibat daripada operasi mengugurkan bantuan-bantuan kemnusiaan,” menurut Central Command (CENTCOM) dan menambajh bahawa ia bersimpati dengan kejadian tersebut tetapi ia bukan berpunca daripada operasi pengguguran bantuan kemanusiaan itu.

 

Pertubuhan dan agensi kemanusiaan dunia telah mengkritik tindakan menggugurkan bantuan kemanusiaan oleh beberapa negara seperti Jordan dan Amerika Syarikat ke Semenanjung Gaza kerana ia tidak mencukupi dan sebagaimana yang dialami oleh penduduk di Utara Gaza adalah amat merbahaya.

Bantuan

Mereka menyatakan bahawa perkara terbaik untuk membantu penduduk Palestin yang kini sedang berhadapan dengan kebuluran adalah mengumumkan gencatan senjata dengan segera dan membuka pintu sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dalam jumlah yang jauh lebih besar dibawa masuk ke keseluruhan kawasan di Semenanjung Gaza.

Sehingga kini laporan daripada Semenanjung Gaza menyatakan bahawa puluhan penduduknya telah mati akibat kebuluran terutamanya kanak-kanak dan bayi.

Akibat kekurangan makanan, penduduk Palestin terpaksa menggunakan makanan ternakan untuk terus hidup, malangnya, terdapat juga laporan menyatakan penduduk maut akibat keracunan selepas memakan makanan ternakan.

Sehingga kini, konflik di Semenanjung Gaza telah mengorbankan lebih daripada 30,000 penduduk Palestin, dengan majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. — DSA

Comments
Loading...