Tingkatkan Kemampuan Aset-Aset TLDM

Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM memiliki 22 buah kapal yang kebanyakannya berusia lebih daripada empat dekad.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Markas Pemerintahan Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meminta kerajaan meningkatkan kemampuan aset-asetnya bagi membantu operasi pemantauan dan pertahanan negara.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali pada ketika Markas Pemerintahan Armada Timur memiliki 22 buah kapal yang kebanyakannya berusia lebih daripada empat dekad.

“Pada ketika ini, kapal-kapal kita sesuai untuk misi-misi pada waktu aman seperti melakukan rondaan dan menunjukkan kehadiran kita di laut,” katanya sebagaimana dipetik oleh portal berita Borneo Post selepas latihan Operational Sea Training Exercise (Ostex East) 1/2022 baru-baru ini.

(TLDM)

 

Beliau mengatakan bahawa sistem persenjataan di kapal-kapal itu bukan untuk peperangan dan mereka bakal berhadapan dengan cabaran yang besar ketika berlakunya konflik.

“Dengan hanya 22 buah kapal dengan dua atau tiga buah kapal berada di limbungan untuk kerja-kerja penyelenggaraan, ia akan meninggalkan kita dengan jumlah kapal yang berkurangan untuk melaksanakan operasi harian, operasi ad hoc, latihan  dan rutin-rutin yang lain,” katanya.

Beliau meminta supaya Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM supaya diberikan peruntukan untuk menperolehi aset-aset yang lebih moden.

(TLDM)

 

Katanya mengenai latihan yang bermula pada 14 Mac, ada di antara kapal-kapal mengalami kerosakan mekanikal yang tidak dapat dielakkan akibat usianya.

Mengenai kapal Littoral Mission Ship (LMS) KD Rencong yang baru diterima oleh TLDM pada Januari, beliau berkata kapal itu masih di bawah pemerhatian,

Mengenai kawalan keselamatan di Beting Patinggi Ali, Sabri berkata, kebanyakkan rondaan di kawasan itu dilakukan kapal-kapal daripada Markas Pemerintahan Armada Timur yang berpengkalan di Kota Kinabalu, Markas Pemerintahan Armada Barat dan Markas Wilayah Laut 2 di Sandakan.

(TLDM)

 

Katanya, TLDM melakukan rondaan selama 24 jam setiap jam dan pada ketika ini sekurangnya-kurangnya terdapat lima buah kapal.

“Tidak ada kapal yang meronda di kawasan perairan itu daripada Sarawak kerana ketiadaan pangkalan laut TLDM di negeri itu. Kita juga tidak boleh menggunakan pelabuhan awam di Sarawak kerana kosnya yang terlalu tinggi,” katanya,

 Usaha Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membina Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) di Bintulu,Sarawak bakal bermula tidak lama lagi dengan proses pengambilan tanah bagi memulakan projek pembinaannya berada di peringkat akhir ketika ini.

 

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

 

Pangkalan pertama TLDM di Sarawak itu akan bertempat  di Samalaju di Bintulu, utara negeri itu.

Sabri berkata tapak untuk projek pangkalan itu telah ditawarkan Kerajaan Sarawak, dan pembinaannya dirancang bermula dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12.

MAWILLA 4 itu dijangka beroperasi menjelang pertengahan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Pangkalan ini apabila siap nanti akan menjadi Markas Wilayah Laut 4 untuk menempatkan kapal-kapal TLDM di Sarawak,” katanya. — DSA

 

featuredKapalKemampuanTLDM