Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bina Segera Markas Wilayah 4 (MAWILLA 4) Untuk Jaga Perairan Sarawak, Beting Patinggi Ali

Pada ketika ini, tanggungjawab menjaga perairan Sarawak dan ZEE-nya adalah dibawah tanggungjawab Markas Pemerintahan Armada Timur.

0 3,034

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Terdapat keperluan yang amat mendesak bagi negara untuk menubuhkan dengan segera Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) yang bertanggungjawab terhadap perairan Sarawak dan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Pada ketika ini, tanggungjawab menjaga perairan Sarawak dan ZEE-nya adalah dibawah tanggungjawab Markas Pemerintahan Armada Timur.

Pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Strategik dan Pusat Pertahanan dan Kajian Keselamatan Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Dr Tharishini Krishnan berkata, kedua-dua pantai Sabah dan Sarawak adalah hampir sepanjang 2,800km.

“Dengan pembinaan MAWILLA 4,  Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) boleh meningkatkan kesiapsiagaannya untuk menjaga kepentingan maritime negara di Laut China Selatan, dengan focus kepada Beting Patinggi Ali (BPA), yang sering dicerobohi oleh China.”

“Pencerobohan pesawat tentera China baru-baru ini membuktikan cabaran yang dihadapi oleh TLDM,” kata ahli akademik itu dalam kolum khas beliau yang disiarkan di dalam akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times hari ini.

Beting Patinggi Ali
Beting Patinggi Ali dan kedudukannya di perairan Sarawak.

 

Beliau berkata, pada ketika ini TLDM mempunyai kehadiran yang berterusan di Beting Patinggi Ali dan Kepulauan Spratly, bagaimanapun penubuhan MAWILLA 4 itu akan dapat membantu mengurangkan masalah lojistik daripada Sabah untuk menjaga perairan Sarawak.

Lebih-lebih dengan kewujudkan secara fizikal MAWILLA 4 itu boleh menafikan usaha berterusan China untuk menukar status quo di kawasan itu, katanya.

Selain kata Dr Tharishini, kewujudkan MAWILLA 4 boleh juga membantu usaha-usaha pembangunan ekonomi di kawasan itu.

“Kawasan-kawasan geologi Sarawak di West Baram Delta, Balingian, Central Luconia, Tinjar, Tatau, West Luconia dan North Luconia memiliki khazanah perikanan dan sumber hidrokarbon,” kata beliau sambil menambah sumber minyak dan gas adalah banyak di kawasan itu.

Dalam projek-projek “Enhanced Oil Recovery” (EOR), syarikat-syarikat telah melakukan pelaburan yang banyak di Sabah dan Sarawak dengan potensi untuk menjana keuntungan adalah amat besar.

Petronas

Pada tahun 2019 menurut pensyarah kanan UPNM, PETRONAS telah membayar RM2.95 bilion di dalam bentuk cukai jualan kepada Sarawak, yang merupakan  lima peratus daripada keuntungan sebanyak RM59 billion menerusi operasi pengeluaran minyak di negeri itu.

Oleh kerana itu katanya, TLDM memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kawasan itu selamat selain memberikan sokongan untuk akses serta penerusan projek-projek pesisir (offshore projects.)

Sebagaimana yang berlaku di banyak bandar, pangkalan-pangkalan tentera menjadi pencetus kepada pembangunan ekonomi setempat.

“Oleh kerana itulah, projek pembinaan MAWILLA 4 perlu bermula dengan segera. Markas itu akan mengukuhkan lagi kedudukan kita di Laut China Selatan, memberikan jaminan keselamatan kepada komuniti maritime setempat dan memberikan kesan ekonomi yang positif kepada Bintulu di dalam jangkamasa yang panjang,” kata Dr Tharishini lagi.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...