Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Lakukan “Revive” Terhadap Bot Kombat CB90

Projek refit CB 202 ini melakar sejarah apabila buat pertama kali CB 90 menjalani projek senggaraan yang unik berkonsepkan Zero to Hero atau “revive”.

0 9,199

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Panglima Logistik Timur Laksamana Pertama Hj Satria Sarawak telah menyempurnakan penerimaan Combat Boat (CB) 202 dari Limbungan Shin Yang Sdn Bhd setelah bot selesai menjalani refit.

Projek refit CB 202 ini melakar sejarah apabila buat pertama kali CB 90 menjalani projek senggaraan yang unik berkonsepkan Zero to Hero atau “revive”.

Ini kerana skop utama senggaraan melibatkan total repowering, major re-structure, extensive modification and significant survivability improvement.

Kesemua kerja tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya oleh anak tempatan tanpa melibatkan Original Equipment Manufacturer (OEM) luar negara.

Lebih membanggakan ialah refit CB 202 telah disiapkan mengikut obligasi kontrak tanpa Variation Order (VO).

CB90
(TLDM)

 

Pendekatan konsep Zero to Hero bagi refit CB 202 dilaksanakan setelah mengambil kira kondisi CB 201 hingga CB 205 sejak perolehan pada penghujung tahun 1990an dan insiden tahun 2013.

 Tahniah diucapkan kepada warga Navy People dan limbungan yang terlibat dengan projek refit CB 202 ini.

Semoga ianya menjadi inspirasi kepada warga Navy People untuk terus kreatif dan berinovasi demi kebaikan serta kecemerlangan TLDM.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Oleh : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto : Kept Ts. Abd Razak bin Ahmad TLDM

CB90

Untuk maklumat lanjut, bot kombat CB90 telah dibangunkan oleh syarikat pembuat bot Sweden, Dockstavarvet yang merupakan sebahagian daripada syarikat Saab.

Ia siap dibangunkan pada tahun 1991 dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diketahui sebagai diantara negara di Asia Tenggara yang menggunakannya.

Bot CB 90 ini boleh berfungsi sebagai antaranya bot penyerang pantas, bot rondaan atau bot bantuan kepada pasukan khas, selain boleh juga digunakan untuk bot pemantauan dan pengumpulan maklumat perisikan.

CB90

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pada ketika ini terdapat lebih daripada 250 buah bot CB90 sedang berkhidmat dengan pelbagai tentera laut seluruh dunia.

Panjang keseluruhan bot CB90 ini adalah kira-kira 15 meter dan memiliki berat kira-kira 18 tan, selain boleh membawa 21 orang anggota tentera lengkap bersenjata dan 4.5 tan kargo.

Untuk persenjataan bagi bot ini, ia boleh dilengkapi dengan mesingan 12.7mm dan 40mm pelancar grenad serta peluru berpandu jarak anti kapal jarak dekat seperti RBS17.

Bot ini mencapai kelajuan 44 knot dengan jarak maksimum operasi pada kadar 20 knot adalah 440km. — DSA  

Comments
Loading...