Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Laksana Eksesais “Perang Borneo 1/21” Di Laut China Selatan

0 1,002

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia telah melaksanakan eksesais dinamakan “Perang Borneo 1/21” di Laut China Selatan, kira-kira dua hari selepas admin melaporkan tentang “gangguan” daripada sebuah kapal pengawal pantai China di Blok SK10 yang terletak di dalam perairan Sarawak.

Sama ada ekesais itu adalah respons pihak berkuasa terhadap “gangguan” kapal pengawal pantai China di blok yang kaya dengan sumber minyak dan gas di perairan Sarawak itu tidak dapat dipastikan, tetapi kehadiran berterusan aset-aset pasukan keselamatan kita di Laut China Selatan adalah tindakan yang amat tepat.

china
Gambar sumbangan pembaca Defence Security Asia menunjukkan sebuah kapal pengawal pantai China berhampiran Blok SK10 di perairan Sarawak beberapa hari lepas.

Eksesais “Perang Borneo 1/21” itu melibatkan aset-aset TLDM terdiri daripada KD KEDAH, KD KERIS, KD PARI dan KD GANAS.Selain itu latihan kali ini turut disertai helikopter EC725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Labuan.

Admin berharap eksesais ini turut melibatkan kawasan perairan berhampiran Blok SK10 di perairan Sarawak yang berhadapan dengan “gangguan” daripada kapal pengawal pantai China, sebagaimana yang dilaporkan oleh Defence Security Asia beberapa hari lepas. Kehadiran aset-aset sama ada TLDM atau APMM boleh mengekang pencerobohan kapal pengawal pantai China itu.

tldm
Gambar daripada Page FB Markas Pemerintahan Armada Timur
TLDM
Gambar daripada Page FB Markas Pemerintahan Armada Timur

Eksesais “Perang Borneo 1/21” membuka tirai eksesais dan latihan bagi tahun 2021, dilaksanakan bertujuan menguji ketangkasan dan kesiagaan aset-aset TLDM di bawah pemerintahan Armada Timur, selain menguji kecekapan warga dalam melaksanakan konsep peperangan, navigasi dan ilmu kelautan.

Evolusi yang dilaksanakan meliputi pelbagai aspek seperti Melawan Kebakaran dan Mengawal Kebanjiran (MKMA) di atas kapal, latihan menembak dan latihan pemindahan semasa di laut.

Latihan kali ini juga merupakan latihan julung kali yang turut disertai oleh Laksamana Madya Dato’ Sabri bin Zali sejak beliau mengambil alih pemerintahan Armada Timur, Disember lepas. Turut serta adalah Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Sazalee bin Shoib.

Walaupun situasi pandemik COVID19 sedikit sebanyak merencatkan perancangan eksesais dan latihan 2021, latihan ini tetap dilaksanakan dalam skala kecil dengan amalan SOP ketat bagi mengekalkan momentum anggota dan kebolehupayaan aset TLDM di Armada Timur.

Ia turut menjadi pemangkin untuk menyediakan armada yang kompeten dan sentiasa bersedia dan terlatih tanpa mengira situasi aman mahupun ketika perang.

tldm
Gambar daripada Page FB Markas Pemerintahan Armada Timur
tldm
Gambar daripada Page FB Markas Pemerintahan Armada Timur

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...