Gambar Terkini Keadaan Dalam Pesawat CN235 MSA Milik TUDM
Kerja-kerja mengubahsuai tiga buah pesawat pengangkut CN235-220 milik TUDM kepada varian MSA dilakukan dibawah program Building Partner Capacity United, States Navy (USN) selari dengan Maritime Security Initiative oleh kerajaan Amerika Syarikat.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat CN235-220 MSA (Maritime Surveillance Aircraft) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut terlibat dalam latihan “Force Down Procedure” pada Eksesais Paradise Siri 10/23 yang sedang berlangsung pada ketika ini.
Bertempat di Pangkalan Udara Labuan, pesawat itu baru beberapa bulan diserahkan kembali kepada TUDM selepas ia selesai menjalani kerja-kerja ubahsuai daripada pesawat pengangkut kepada varian MSA.
Kerja-kerja mengubahsuai tiga buah pesawat pengangkut CN235-220 milik TUDM kepada varian MSA dilakukan dibawah program Building Partner Capacity United, States Navy (USN) selari dengan Maritime Security Initiative oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Ia bertujuan membantu kerajaan Malaysia dalam meningkatkan keselamatan dan pemantauan domain maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara.
Syarikat P.T Dirgantara Indonesia (PTDI) adalah kontraktor utama program pengubahsuaian pesawat CN235 TUDM itu kepada varian MSA.
‘Force Down Procedure’ merupakan langkah yang akan dilaksanakan sekiranya terdapat pesawat yang mencurigakan memasuki ruang udara tanah air atau sekiranya pesawat ditawan musuh.
Di dalam siri eksesais PARADISE siri 10/23 kali ini latihan ‘Force down Procedure’ telah dilaksanakan di Pangkalan Udara Labuan melibatkan penglibatan CRC 2 Kota Samarahan dengan pesawat SU-30MKM, CN235, elemen HANDAU, ‘Explosive Ordnance Disposal’ (EOD) Cawangan Kejuruteraan, BOMBA serta RSAT pangkalan.
Dalam gambar yang dikeluarkan oleh akaun media sosial TUDM, ia turut mendedahkan keadaan terkini di dalam pesawat CN235 MSA selepas ia menjalani kerja-kerja pengubahsuaian oleh PTDI itu.

Sebagaimana di dalam gambar, kita dapat melihat keadaan dalam pesawat CN235 MSA itu selain Belly Radome dan FLIR.
Program pengubahsuaian itu menyaksikan usaha-usaha mengintergrasikan kemampuan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) ke dalam pesawat milik CN235-220 milik TUDM itu dengan kerjasama pihak Naval Air Systems Command’s Security Cooperation Office and Naval Air Warfare Center Aircraft Division (NAWCAD) AIRWorks.
Comments are closed.