Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat Selesai Serah Pesawat Pertama CN-235 MSA TUDM

Penyerahan pesawat CN-235 TUDM yang diubahsuai kepada platform MSA itu berlaku tiga setengah tahun selepas Amerika Syarikat menandatangani Letter of Offer and Acceptance untuk memulakan usaha-usaha peningkatan keupayaan terbabit.

0 5,947

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) mengesahkan bahawa ia telah selesai menyerahkan pesawat pertama CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah diubahsuai kepada platform Maritime Surveillance Aircraft (MSA) baru-baru ini.

 Penyerahan pesawat CN-235 TUDM yang diubahsuai kepada platform MSA itu berlaku tiga setengah tahun selepas Amerika Syarikat menandatangani Letter of Offer and Acceptance untuk memulakan usaha-usaha peningkatan keupayaan terbabit.

Menurut kenyataan USN menerusi laman webnya, usaha itu adalah di bawah program Building Partner Capacity USN yang selari dengan Maritime Security Initiative oleh kerajaan Amerika Syarikat bertujuan membantu kerajaan Malaysia dalam meningkatkan keselamatan dan pemantauan domain  maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara.

CN-235
Salah sebuah pesawat CN-235 TUDM yang dinaiktaraf kepada versi MSA di kemudahan PT Dirgantara Indonesia (PTDI) (pix credit to owner)

 

Projek itu menyaksikan usaha-usaha mengintergrasikan kemampuan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) ke dalam pesawat milik TUDM dengan kerjasama pihak Naval Air Systems Command’s Security Cooperation Office and Naval Air Warfare Center Aircraft Division (NAWCAD) AIRWorks.

Usaha-usaha mengubahsuai pesawat CN-235 ke tahap MSA meliputi kelengkapan maritime surveillance mission suite, maritime surveillance radar, electro-optical infrared turret, line-of-sight datalink dan juga roll-on/roll-off mission system operator station.

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemampuan ISR TUDM, stesen bumi bergerak dan kekal juga sedang dibekalkan.

 “Program CN-235 Malaysia akan menjadi keupayaan berganda kepada kemampuan ISR negara dan sekaligus menyokong usaha bersama di antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan antarabangsa terutamanya di kawasan Indo-Pacific,” menurut Pengarah Pejabat Kerjasama Keselamatan di Naval Air Systems Command, Ron Weinberger.

Pesawat CN-235 itu telah diterbangkan ke kemudahan PT Dirgantara Indonesia (PTDI) di Bandung  untuk menjalani kerja-kerja mengubahsuai itu pada Sept 2020 dan penerbangan pertama telah dilakukan pada Oktober 2021.

CN-235
Pesawat CN-235 M44-03 yang telah diubahsuai kepada varian MSA di Lapangan Terbang Hussein Sastranegara di Bandung. (kredit @ragil_setya.f via ASEAN Military Forum FB Group)

 

Kerja-kerja pengubahsuaian dua lagi pesawat CN-235 TUDM ke platform MSA masih lagi dijalankan, dengan ia dijangka siap pada tahun ini.

Keseluruhannya, TUDM memiliki tujuh buah pesawat CN-235 dalam varian pengangkut.

PTDI bekerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc (ISD) yang berpengkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam membekalkan dan mengintegrasikan Mission Management Systems (MMS) untuk ketiga-tiga unit pesawat CN235-220 yang dimiliki oleh TUDM itu.

Peralatan Mission Management Systems dipasang pada ketiga-tiga pesawat CN235-220 TUDM termasuk FLIR (Forward Looking Infra Red).

Belly Radome dimana Radar Dome dipasang di bawah pesawat atau “perut pesawat”  dilengkapi dengan Search Radar 360 Darjah yang berkemampuan untuk mengesan sasaran-sasaran kecil that sehingga 200 Batu Nautika (Nautical Mile).

CN-235
Pesawat CN-235 TUDM sebelum menjalani kerja-kerja pengubahsuaian ke platform MSA.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS), automatic tracking system untuk mengenalpasti kapal-kapal , bagi membolehkan ia mengenalpasti kedudukan objek-objek yang mencurigakan.

Pelaksanaan program naik taraf pesawat CN-235 itu akan membolehkan ia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance And Reconaissance (ISR).

Dengan tiga buah pesawat CN-235 versi MSA itu, ia sekurang-kurangnya dapat menampung tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang dirancang diperolehi oleh TUDM.

TUDM merancang untuk memperolehi sehingga enam buah Pesawat Peronda Maritim (MPA), selaras dengan program CAP 55 (Capability 2055). — DSA

 

Comments
Loading...