Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

P.T Dirgantara Indonesia Serah Pesawat Ketiga CN235-220 MSA Pada Malaysia

Usaha mengubahsuai tiga buah pesawat pengangkut CN235-220 milik TUDM kepada varian MSA dilakukan dibawah program Building Partner Capacity United States Navy (USN) selari dengan Maritime Security Initiative oleh kerajaan Amerika Syarikat, bertujuan membantu kerajaan Malaysia dalam meningkatkan keselamatan dan pemantauan domain  maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara.

0 5,638

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat P.T Dirgantara Indonesia (PTDI) telah menyelesaikan kerja-kerja pengubahsuaian pesawat ketiga CN235-220 varian pengangkut milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA) baru-baru ini.

PTDI dalam siaran media sosialnya juga berkata ia telah menyerahkan pesawat CN235-220 MSA yang ketiga itu kepada Malaysia, sebagaimana yang dilakukannya terhadap dua lagi pesawat yang sama sebaik sahaja kerja-kerja pengubahsuaiannya kepada varian MSA selepas dilaksanakan.

Kedua-dua pesawat awal yang telah selesai itu telah diserahkan kepada Malaysia pada Jun dan Oktober tahun lepas.

CN235-220
(kredit P.T Dirgantara Indonesia)

 

“Ia merupakan kehormatan bagi PTDI dipercaya oleh TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) untuk mendukung kebutuhan operasi dan perawatan pesawatnya. PTDI pun berkomitmen untuk memberikan dukungan keberlanjutan guna menjaga tahap kesiapan operasi pesawat TUDM,” menurut siaran media sosialnya.

Usaha mengubahsuai tiga buah pesawat pengangkut CN235-220 milik TUDM kepada varian MSA dilakukan dibawah program Building Partner Capacity United States Navy (USN) selari dengan Maritime Security Initiative oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Ia bertujuan membantu kerajaan Malaysia dalam meningkatkan keselamatan dan pemantauan domain  maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara.

Program pengubahsuaian itu menyaksikan usaha-usaha mengintergrasikan kemampuan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) ke dalam pesawat milik CN235-220 milik TUDM itu dengan kerjasama pihak Naval Air Systems Command’s Security Cooperation Office and Naval Air Warfare Center Aircraft Division (NAWCAD) AIRWorks.

Usaha-usaha mengubahsuai pesawat CN-235 ke tahap MSA meliputi kelengkapan maritime surveillance mission suite, maritime surveillance radar, electro-optical infrared turret, line-of-sight datalink dan juga roll-on/roll-off mission system operator station.

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemampuan ISR TUDM, stesen bumi bergerak dan kekal juga sedang dibekalkan.

CN235-220
(kredit P.T Dirgantara Indonesia)

 

 “Program CN-235 Malaysia akan menjadi keupayaan berganda kepada kemampuan ISR negara dan sekaligus menyokong usaha bersama di antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan antarabangsa terutamanya di kawasan Indo-Pacific,” menurut Pengarah Pejabat Kerjasama Keselamatan di Naval Air Systems Command, Ron Weinberger dalam satu kenyataan tahun lepas.

Keseluruhannya, TUDM memiliki tujuh buah pesawat CN-235 dalam varian pengangkut.

PTDI telah bekerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc (ISD) yang berpengkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam membekalkan dan mengintegrasikan Mission Management Systems (MMS) untuk ketiga-tiga unit pesawat CN235-220 yang dimiliki oleh TUDM itu.

Peralatan Mission Management Systems dipasang pada ketiga-tiga pesawat CN235-220 TUDM termasuk FLIR (Forward Looking Infra Red).

MPA
Pesawat Peronda Maritim (MPA) “ATR 72MPA” yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo dan bakal dimiliki oleh Malaysia.

 

Belly Radome dimana Radar Dome dipasang di bawah pesawat atau “perut pesawat”  dilengkapi dengan Search Radar 360 Darjah yang berkemampuan untuk mengesan sasaran-sasaran kecil that sehingga 200 Batu Nautika (Nautical Mile).

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS), automatic tracking system untuk mengenalpasti kapal-kapal , bagi membolehkan ia mengenalpasti kedudukan objek-objek yang mencurigakan.

Pelaksanaan program naik taraf pesawat CN-235 itu akan membolehkan ia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance And Reconaissance (ISR).

Dengan tiga buah pesawat CN-235 versi MSA itu, ia sekurang-kurangnya dapat menampung tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Maritime Patrol Aircraft (MPA) bakal diperolehi oleh TUDM.

Pada LIMA ’23 baru-baru ini, Kementerian Pertahanan telah menandatangani kontrak perolehan dengan syarikat Leonardo untuk memperolehi dua buah pesawat peronda maritim ATR72 MPA. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...