Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sebuah Lagi CN235-220 TUDM Siap Diubahsuai Ke Varian MSA

Pengubahsuaian tiga buah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu daripada pengangkut kepada Maritime Surveillance Aircraft (MSA) dilaksanakan di bawah program Maritime Security Initiative (MSI) kerajaan Amerika Syarikat dan dibiayai sepenuhnya oleh Washington.

0 4,813

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat P.T Dirgantara Indonesia (PTDI) telah selesai mengubahsuai sebuah lagi pesawat CN235-220 kepada Pesawat Peninjau Maritim (MSA – Maritime Surveillance Aircraft) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dalam satu kenyataan di dalam media sosialnya, PTDI menyatakan bahawa pesawat CN235-220 milik TUDM itu telah selesai diubahsuai daripada pesawat pengangkut (military transport) kepada MSA.

Pengubahsuaian tiga buah pesawat milik TUDM itu daripada pengangkut kepada MSA dilaksanakan di bawah program Maritime Security Initiative (MSI) kerajaan Amerika Syarikat dan dibiayai sepenuhnya oleh Washington.

CN235-220
PTDI

 

“PTDI deliver 1 unit CN235-220 Maritime Surveillance Aircraft (MSA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Hangar Aircraft Services (ACS) PTDI Bandung.

“Direktur Produksi PTDI, Batara Silaban beserta Kepala Divisi PTDI meninjau persiapan dan melepas ferry flight pesawat terbang CN235-220 MSA TUDM yang diterbangkan oleh Mejar TUDM Shara sebagai Pilot In Command,” menurut PTDI dalam kenyataan di dalam media sosialnya itu. 

Pesawat CN235-220 MSA milik TUDM dengan tail number M44-05 yang telah diubahsuai itu telah berlepas daripada Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara, Bandung menuju Kuching Airport, Sarawak, Malaysia, menurut PTDI.

Syarikat itu juga berkata bahawa sebelum ini ia telah menyerahkan satu daripada tiga pesawat CN235-220 MSA kepada TUDM pada Julai lepas, dengan pesawat seterusnya dijangka diserahkan pada pemiliknya itu pada akhir tahun ini.

CN235-220
PTDI

 

Pada awal Ogos lepas,  Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) mengesahkan bahawa ia telah selesai menyerahkan pesawat pertama CN235-220 milik TUDM yang telah diubahsuai kepada platform MSA.

 Penyerahan pesawat CN235-220 TUDM yang diubahsuai kepada platform MSA itu berlaku tiga setengah tahun selepas Amerika Syarikat menandatangani Letter of Offer and Acceptance untuk memulakan usaha-usaha peningkatan keupayaan terbabit.

Menurut kenyataan USN menerusi laman webnya, usaha itu adalah di bawah program Building Partner Capacity USN yang selari dengan Maritime Security Initiative oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Ia bertujuan membantu kerajaan Malaysia dalam meningkatkan keselamatan dan pemantauan domain maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara.

CN235-220
PTDI

 

Projek itu menyaksikan usaha-usaha mengintergrasikan kemampuan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) ke dalam pesawat milik TUDM dengan kerjasama pihak Naval Air Systems Command’s Security Cooperation Office and Naval Air Warfare Center Aircraft Division (NAWCAD) AIRWorks.

Usaha-usaha mengubahsuai pesawat CN235 ke tahap MSA meliputi kelengkapan maritime surveillance mission suite, maritime surveillance radar, electro-optical infrared turret, line-of-sight datalink dan juga roll-on/roll-off mission system operator station.

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemampuan ISR TUDM, stesen bumi bergerak dan kekal juga sedang dibekalkan.

“Program CN235 Malaysia akan menjadi keupayaan berganda kepada kemampuan ISR negara dan sekaligus menyokong usaha bersama di antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan antarabangsa terutamanya di kawasan Indo-Pacific,” menurut Pengarah Pejabat Kerjasama Keselamatan di Naval Air Systems Command, Ron Weinberger.

CN235-220
PTDI

 

Pesawat CN235 itu telah diterbangkan ke kemudahan PT Dirgantara Indonesia (PTDI) di Bandung  untuk menjalani kerja-kerja mengubahsuai itu pada Sept 2020 dan penerbangan pertama telah dilakukan pada Oktober 2021.

Keseluruhannya, TUDM memiliki tujuh buah pesawat CN235 dalam varian pengangkut.

Pelaksanaan program naik taraf pesawat CN235 itu akan membolehkan ia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance And Reconaissance (ISR).

 

CN235-220
PTDI

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Dengan tiga buah pesawat CN235 versi MSA itu, ia sekurang-kurangnya dapat menampung tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang dirancang diperolehi oleh TUDM.

TUDM merancang untuk memperolehi sehingga enam buah Pesawat Peronda Maritim (MPA), selaras dengan program CAP 55 (Capability 2055). — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...