Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat CN-235 “Maritime Surveillance Aircraft” (MSA) TUDM Hampir Siap

Projek menaiktaraf tiga buah pesawat pengangkut CN-235 TUDM kepada versi MSA dibiayai oleh program “Maritime Security Initiative” (MSI) kerajaan Amerika Syarikat.

0 8,995

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Salah sebuah daripada tiga pesawat pengangkut CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang menjalani kerja-kerja menaiktaraf kepada versi “Maritime Surveillance Aircraft” (MSA) di negara jiran telah pun mula menjalani ujian penerbangan.

Gambar-gambar salah sebuah pesawat terbabit menjalani ujian penerbangan di kemudahan negara jiran itu telah tersebar di media sosial hari ini, menunjukkan pesawat itu telah dipasang dengan Belly Radome dan FLIR.

Bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan bahawa TUDM akan mula menerima pesawat-pesawat CN-235 yang dinaiktaraf kepada versi MSA daripada penghujung bulan November ini.

Kerja-kerja menaiktaraf tiga buah pesawat pengangkut CN-235 kepada versi pemantauan maritim itu telah dilakukan oleh PT Dirgantara Indonesia (PTDI) sebagai Original Equipment Maker (OEM).

Projek menaiktaraf tiga buah pesawat pengangkut CN-235 TUDM kepada versi MSA dibiayai oleh program “Maritime Security Initiative” (MSI) kerajaan Amerika Syarikat.

TUDM
Belly Radome dan FLIR sudah siap dipasang. (kredit media sosial)

 

Tiada jumlah diberikan berkenaan pembiayaan oleh Washington untuk program itu.

PTDI bekerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc (ISD) yang berpengkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam membekalkan dan mengintegrasikan Mission Management Systems (MMS) untuk ketiga-tiga unit pesawat CN235-220 yang dimiliki oleh TUDM itu.

Peralatan Mission Management Systems dipasang pada ketiga-tiga pesawat CN235-220 TUDM termasuk FLIR (Forward Looking Infra Red).

Belly Radome dimana Radar Dome dipasang di bawah pesawat atau “perut pesawat”  dilengkapi dengan Search Radar 360 Darjah yang berkemampuan untuk mengesan sasaran-sasaran kecil that sehingga 200 Batu Nautika (Nautical Mile).

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS), automatic tracking system untuk mengenalpasti kapal-kapal , bagi membolehkan ia mengenalpasti kedudukan objek-objek yang mencurigakan.

Pelaksanaan program naik taraf pesawat CN-235 itu akan membolehkan ia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance And Reconaissance (ISR).

Dengan siapnya (atau hampir siap) pesawat-pesawat CN-235 versi MSA itu, ia sekurang-kurangnya dapat menampung tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Maritime Patrol Aircraft (MPA) sehingga TUDM memperolehi pesawat jenis itu.

TUDM merancang untuk memperolehi sehingga enam buah Pesawat Peronda Maritim (MPA), selaras dengan program CAP 55 (Capability 2055).

C295MPA
Pesawat MPA Casa C-295

 

Panglimanya Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata proses perolehan dua daripada enam buah pesawat MPA yang dirancang dimiliki oleh TUDM sedang berjalan pada ketika ini, manakala perolehan empat pesawat MPA yang lain akan dilakukan pada Rancangan Malaysia Ke-14 (RMK-14) dan RMK-15.

RMK-14 adalah untuk tempoh 2031-2035 manakala RMK-15 (2036-2040).

“TUDM merancang untuk memperolehi enam buah pesawat MPA secara keseluruhannya. Untuk permulaan, perolehan dua buah pesawat MPA sedang berjalan, dengan proses TDE telah pun selesai  dan sedang menunggu kelulusan untuk memasuki fasa proses tender,” katanya dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris, Asian Defence Journal (ADJ)  keluaran Julai-Ogos.

Beliau berkata, khidmat pesawat B200T TUDM yang memikul tugas sebagai pesawat MPA/MSA pada ketika ini akan diteruskan sehingga tahun 2024 sebelum perkhidmatannya ditamatkan secara progresif.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...