Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Walau Negara Kecil, Namun Qatar Miliki Radar Amaran Awal “Paling Berkuasa”

(VIDEO) “Radar Amaran Awal A/N FPS-132 Block 5 ini milik Qatar itu memang berkuasa tinggi, kerana direkabentuk untuk mengesan dan memantau pelancaran peluru berpandu ballistik daripada jarak 3,000 batu atau 4,828 kilometer secara “real time.”

0 5,157

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun daripada segi saiz ia adalah sebuah negara yang kecil di Teluk, namun negara kaya-raya Qatar sejak beberapa tahun ini memiliki kompleks radar amaran awal paling berkuasa di rantau itu bagi memberikan negara Arab “perlindungan total” daripada sebarang ancaman.

Kompleks radar amaran awal Qatar itu akan dilengkapi dengan “Radar Amaran Awal A/N FPS-132 Block 5” yang dibekalkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon Technologies dengan kos sebanyak US$1.1 bilion (RM4.95 billion)

Kontrak pembelian radar amaran awal itu dimeterai pada 2017 dan pembinaan kompleks radar amaran awal itu dijangka mengambil masa selama empat tahun, namun sebagaimana pembinaan infrastruktur pertahanan yang sensitif, tidak banyak maklumat tentang Kompleks Radar Amaran Awal Qatar itu.

“Radar Amaran Awal A/N FPS-132 Block 5 ini memang berkuasa tinggi, kerana direkabentuk untuk mengesan dan memantau pelancaran peluru berpandu ballistik daripada jarak 3,000 batu atau 4,828 kilometer secara “real time.”

Maksudnya, apa-apa pelancaran peluru berpandu atau kehadiran pesawat daripada lingkungan jarak tersebut, ia boleh dikesan oleh radar amaran awal Qatar itu.

(LEBIH BANYAK BERITA TENTANG QATAR)

 

Dan sistem radar amaran awal Qatar itu akan diintegrasikan dengan lapisan sistem pertahanan udara negara itu, bagi memastikan negara kecil tetapi kaya-raya Teluk itu selamat daripada sebarang ancaman yang datang daripada darat, udara dan laut.

Jaringan pertahanan udara Qatar itu termasuklah sistem pertahanan udara Patriot yang dibekalkan oleh Washington.

Walaupun Qatar ini bersahabat bik dengan Amerika Syarikat dan menempatkan ribuan tentera negara itu di beberapa pangkalannya seperti Al Udeid namun pada masa yang sama ia turut menjalin persabahatan dengan kuasa-kuasa lain di rantau seperti Iran dan Turkiye.
Radar
Radar Amaran Awal

Selain itu Qatar juga menempatkan ibu pejabat kepada CENTCOM Tentera Amerika Syarikat.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Qatar yang sedang memperbaiki hubungannya dengan Arab Saudi yang dingin sejak beberapa tahun dahulu telah meningkatkan kemampuan angkatan tenteranya dengan memperolehi pesawat-pesawat pejuang seperti Rafale, F-15QA dan Eurofighter Typhoon.

Qatar turut mempunyai hubungan yang baik dengan Turkiye dengan Ankara turut menempatkan tenteranya di negara Teluk itu selain melatih pasukan khas dan polis Qatar. — DSA

 

Comments
Loading...