Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Qatar Mahu Pertingkat Kemampuan 36 Pesawat Pejuang Rafale Ke Standard F4

Pada ketika ini,selain pesawat pejuang Rafale, Tentera Udara Qatar turut dilengkapi dengan 36 buah pesawat pejuang F-15QA “Ababil” dan 24 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon Tranche 3, menjadikan tentera udara negara Teluk sebagai antara paling berkemampuan bukan sahaja di negara Teluk tetapi juga dikalangan negara-negara Arab.

0 2,128

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Negara Teluk kaya-raya, Qatar dilapor sedang berbincang dengan syarikat Dassault Aviation untuk menaiktaraf 36 buah pesawat pejuang Rafale miliknya kepada standard terkini dan paling berkemampuan iaitu “F4”.

Qatar juga berunding dengan syarikat Perancis yang bertanggungjawab membangunkan pesawat pejuang itu untuk memperolehi 24 pesawat Rafale tambahan pada tahun depan atau tahun 2025.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pertahanan Perancis Sebastien Lecornu yang melawat Qatar baru-baru dimana kedua-dua negara berbincang di Pangkalan Udara Dukhan yang menempatkan 36 buah pesawat Rafale negara Teluk itu.Rafale

Beliau berkata perbincangan menjurus terhadap usaha-usaha untuk meningkatkan kemampuan angkatan tentera Qatar.

Tentera Udara Qatar memiliki 36 buah pesawat pejuang Rafale yang diperolehinya di antara tahun 2015 hingga 2017.

Ia menandatangani perjanjian bernilai US$7 bilion (RM31.5 bilion) dengan Perancis pada 2015 untuk membeli 24 buah pesawat pejuang Rafale dan membuat perolehan tambahan sebanyak 12 buah lagi dua tahun selepas itu pada 2017.

Menurut akhbar Perancis, La Tribune, negara Teluk itu mahu meningkatkan kemampuan pesawat pejuang buatan Dassault Aviation kepada standard F4, yang merupakan standard terkini dan baru sahaja memulakan perkhidmatan dengan Tentera Udara Perancis.

Tentera Udara Perancis mula menaiktaraf pesawat-pesawat pejuang Rafale miliknya kepada standard F4 pada 2019 pada kos Euro 1.9 bilion (RM9.45 bilion).

Paris menjangkakan kesemua pesawat pejuang Rafale milik tentera udara negara itu akan menggunakan standard F4.

Rafale

Negara jiran Qatar iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut memilih pesawat pejuang Rafale untuk tentera udaranya dengan memesan 80 buah pesawat pada standard F4.

Kesemua 80 buah pesawat pejuang Rafale dipesan oleh UAE itu akan mula dihantar kepada negara Teluk itu di antara tahun 2027 hingga 2030.

Selain itu menurut La Tribune lagi, Perancis dan Qatar turut berbincang tentang kemungkinan Qatar menambah bilangan pesawat pejuang Rafale itu sebanyak 24 buah lagi.

Jika itu terjadi, keseluruhan pesawat pejuang Rafale dimiliki oleh Qatar bakal meningkat kepada 60 buah dalam tempoh beberapa tahun ini.

Pada ketika ini,selain pesawat pejuang Rafale, Tentera Udara Qatar turut dilengkapi dengan 36 buah pesawat pejuang F-15QA “Ababil” dan 24 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon Tranche 3, menjadikan tentera udara negara Teluk sebagai antara paling berkemampuan bukan sahaja di negara Teluk tetapi juga dikalangan negara-negara Arab. — DSA

Qatar
Pesawat F-15QA Qatar

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...