UAE Gantung Pembelian F-35, Russia Pula Tawar Su-75 “Checkmate”
Russia cuba menarik perhatian UAE dengan menawarkan negara Arab itu perkongsian untuk sama-sama membangunkan pesawat pejuang terbaru Russia, Su-75 "Checkmate".
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada Disember lepas, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memutuskan untuk menggantung perjanjian ditandatangani dengan Amerika Syarikat ketika negara kuasa besar dunia itu ditadbir oleh Donald Trump untuk memperolehi 50 buah pesawat generasi kelima F-35 dan pelbagai jenis senjata lain bernilai US$23.3 bilion (RM93.2 bilion).
Perjanjian yang diusahakan ketika Trump menjadi presiden Amerika itu turut melibatkan perolehan 18 buah dron MQ-9B Reaper dan pelbagai peluru berpandu udara-ke-udara serta darat-ke-udara.
Tindakan UAE menggantung perjanjian itu dikatakan berpunca daripada tindakan pentadbiiran Presiden Jo Biden mengenakan syarat-syarat ketat kepada UAE bagi memastikan teknologi pesawat F-35 tidak jatuh ke tangan musuhnya iaitu China.
Amerika bimbang kerana UAE mempunyai hubungan yang baik dengan China.
Gergasi telekomunikasi negara itu, Huawei mempunyai kontrak yang besar dengan negara Teluk itu dan Amerika Syarikat bimbang teknologi 5G syarikat China itu akan “menganggu” teknologi halimunan pesawat pejuang F-35 itu.
Selain hubungan UAE dengan Huawei, negara Teluk itu juga dikatakan mempunyai perjanjian dengan China yang membenarkan Beijing mendirikan kemudahan rahsia tentera di pelabuhan negara Arab itu itu.
Amerika Syarikat bimbang UAE tidak berupaya “menjaga” teknologi rahsia ketenteraan Amerika Syarikat itu daripada jatuh ke tangan musuh, pada ketika ia mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan Beijing.
Disebalik “keteganga” hubungan antara UAE dengan Amerika Syarikat itu, negara Teluk itu mmembuat keputusan untuk memperolehi 80 buah pesawat pejuang Rafale bernilai US$19 bilion (RM76 bilion) daripada Perancis.

Tindakan UAE membeli pesawat Rafale itu menurut penganalisis, merupakan strategi untuk memaksa Washington supaya tidak melengah-lengahkan penjualan pesawat F-35 itu dan meluluskan proses penjualan itu dengan cepat.
Dalam pada itu, Russia dikatakan sedang cuba mengambil kesempatan dengan menawarkan kepada UAE untuk bersama-sama membangunkan pesawat terbarunya, Sukhoi Su-75 “Checkmate” yang dikatakan memiliki ciri-ciri “low-observability”.
Comments are closed.