Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Russia Dedah Pesawat Gen-5 Terbarunya Dipanggil “Checkmate”, Pesaing F-35

Pesawat pejuang generasi kelima satu tempat duduk dan satu enjin terbaru Russia itu itu didedahkan kepada khalayak ramai buat julung-julung kalinya pada pameran udara MAKS 2021 di Zhukovsky, di luar Moscow hari ini.

0 1,950

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Presiden Russia Vladimir Putin telah melihat dengan lebih dekat prototaip pesawat pejuang terbaru Russia yang diberikan nama “Checkmate” oleh syarikat pembuatnya iaitu, Sukhoi Design Bureau.

Pesawat pejuang generasi kelima satu tempat duduk dan satu enjin terbaru Russia itu itu didedahkan kepada khalayak ramai buat julung-julung kalinya pada pameran udara MAKS 2021 di Zhukovsky, di luar Moscow hari ini.

Menurut Sukhoi sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita Associated Press (AP), “Checkmate” dijangka melakukan penerbangan pertamanya pada 2023 dan pengeluaran pesawat dijangka bermula pada tahun 2026.

Syarikat pembuat pesawat itu berkata, pesawat generasi kelima itu boleh dijadikan pesawat pejuang dua tempat duduk serta pesawat tanpa pemandu berdasarkan keperluan yang dikehendaki oleh pelanggan.

Ok bagaimana pula dengan kemampuannya, menurut Sukhoi, pesawat pejuang terbaru itu akan memiliki kelajuan di antara 1.8 Mach hingga 2 Mach, jarak operasi sejauh 3,000km (tanpa in-flight refuelling) dan kemampuan mengangkut 7.4 tan persenjataan.

“Checkmate” dikatakan akan mengaplikasikan teknologi Artificial Intelligence (AI) serta beberapa teknologi innovatif terbaru, selain direkabentuk untuk mengurangkan kos penyelenggaran dan mudah diadaptasi mengikut keperluan pelanggannya.

Harganya pula bagaimana?????

Menurut Sergey Chemezov yang merupakan ketua kepada Rostec yang merupakan syarikat pemilik Sukhoi, harga sebuah “Checkmate” dijangka berkisar di antara US$25 juta (RM105 juta) sebuah kepada US$30 juta (RM126 juta) sebuah.

Pelanggan pertama “Checkmate” katanya dijangkakan adalah Tentera Udara Russia.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Russia Yuri Borisov berkata Russia berharap pesawat terbaru Russia ini dapat menarik pembeli daripada beberapa negara seperti India, Vietnam dan negara-negara Afrika.

Checkmate

Beliau berharap dapat menjual kira-kira 300 “Checkmate” kepada pelanggan luar.

Menteri Perdagangan dan Industri negara itu Denis Manturov pula berkata, “Checkmate” merupakan saingan kepada pesawat buatan Amerika Syarikat, F-35 Lightning yang telah pun beroperasi sejak tahun 2015 serta jet-jet baru yang dibangunkan oleh China dan lain-lain negara.

Syarikat-syarikat Russia seperti Sukhoi dan MiG sebelum ini hanya menghasilkan pesawat-pesawat pejuang dua enjin dan ini merugikan negara itu kerana tidak dapat memenuhi permintaan negara-negara yang mahukan pesawat satu enjin kerana kos operasinya yang lebih murah.

Checkmate

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...