Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Rafale Cuba “Kejar” F-35 Daripada Segi Jualan Pesawat Di Pasaran Antarabangsa

Diperkenalkan 25 tahun lalu, Dassault telah berjaya menjual kira-kira 236 pesawat Rafale bermula sebanyak 20 buah kepada Mesir pada 2015 dan terbaru 80 buah kepada UAE beberapa hari lepas.

0 4,779

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun pesawat pejuang “Rafale” buatan syarikat Perancis, Dassault Aviation berjaya memenangi kontrak besar akhir-akhir ini termasuk 80 buah pesawat daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE), tetapi ia masih jauh ketinggalan berbanding pesawat F-35 Amerika Syarikat.

Sejak diperkenalkan kira-kira 15 tahun yang lalu, pesawat F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin telah berjaya dijual 1,000 buah kepada pelbagai negara seluruh dunia terutamanya sekutu-sekutu Tier One Amerika Syarikat.

1,000 pesawat F-35 yang sudah terjual setakat ini tidak termasuk dengan pesawat-pesawat yang digunakan oleh Tentera Amerika Syarikat.

Diperkenalkan 25 tahun lalu, Dassault telah berjaya menjual kira-kira 236 pesawat Rafale bermula sebanyak 20 buah kepada Mesir pada 2015 dan terbaru 80 buah kepada UAE beberapa hari lepas.

Bagaimanapun, pencapaian menjual 236 buah pesawat pejuang yang pernah dianggap sebagai “pesawat disumpah” suatu ketika dahulu, adalah suatu kejayaan yang menakjubkan bagi Dassault yang pada mulanya risau dengan permulaan lembap Rafale di pasaran pesawat antarabangsa  sebelum semakin diterima kini.

Rafale

Walaupun pesawat Rafale kini semakin laris di pasaran, tetapi ia masih tidak mencukupi kerana Dassault perlu menjual lebih banyak pesawat itu dipasaran untuk memastikan ia mampu menurunkan kos pesawat itu.

Ia perlu mengikut jejak langkah Lockheed Martin dalam meningkatkan jualannya lagi.

Menurut pakar persenjataan dan editor di Swiss Military Review (RMS) Alexandre Vautravers sebagaimana dipetik dalam France 24,  walaupun pencapaian oleh Rafale akhir-akhir ini amat membanggakan tetapi ia masih jauh daripada apa yang dicapai oleh pesawat F-35.

Katanya, lebih banyak pesawat F-35 terjual maka ia juga bermakna bahawa usaha Lockheed Martin untuk menurunkan kos F-35 itu juga semakin berjaya.

Disebabkan kejayaannya menjual lebih daripada 1,000 pesawat F-35 di seluruh dunia, syarikat pertahanan Amerika Syarikat itu kini boleh menawarkan untuk menjual varian F-35A pada harga permulaan US$80 juta kepada pelanggannya, kata Vautravers.

Ini menjadikan harga yang yang ditawarkan oleh F-35 itu adalah lebih murah daripada harga sebuah pesawat Rafale.

Oleh kerana pesawat F-35 baru sahaja berusia 15 tahun berbanding 25 tahun bagi Rafale dan kos yang 40 peratus lagi murah serta lebih moden, maka sudah tentulah lebih ramai pelanggan akan memilih pesawat buatan Amerika Syarikat itu jika pilihannnya adalah di antara F-35 dan Rafale.

F-35
Pesawat F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

 

Bagaimanapun, Rafale juga memiliki kelebihan kerana berbanding Amerika Syarikat yang kerap meletakkan pelbagai syarat untuk bakal-bakal pembeli sistem persenjataaannya, berbanding Perancis yang agak bebas (kecuali apabila senjata itu mahu diguna untuk mengancam kepentingan Paris itu sendiri).

Polisi “no strings attached” itu yang amat digemari oleh pelanggan dan dalam keadaan tertentu boleh membuatkan pelanggan memilih pesawat Rafale berbanding F-35.

“Kelebihan utama sistem persenjataan Perancis adalah ia melepasi segala embargo senjata Amerika Syarikat. Adalah tidak bagus jika terlalu bergantung dengan senjata Amerika Syarikat sahaja kerana risiko sekatan senjata oleh Washington.

“Sistem persenjataan Perancis, sama seperti sistem Russia, membolehkan kita diversify (mempelbagai sumber),” kata Vautravers.

F-35B
Pesawat-pesawat F-35B beroperasi daripada atas kapal HMS Queen Elizabeth.

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...