Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mengapa Singapura Pilih Varian F-35B Short Take-Off Vertical Landing (STOVL)?

Mengapa Singapura memilih varian F-35B Short Take-Off and Vertical Landing (STOVL) yang hanya memerlukan landasan sepanjang 550 kaki untuk membolehkan pesawat pejuang generasi kelima itu berlepas manakala untuk mendarat pula ia boleh dilakukan secara vertical.

7,315

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang kita tahu, Singapura bakal mengoperasikan 12 buah pesawat pejuang generasi kelima F-35 yang dibeli daripada Amerika Syarikat seawal-awalnya pada tahun 2026, sekiranya penghantaran pesawat itu tidak tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Varian pesawat pejuang keluaran syarikat Lockheed Martin yang dibeli oleh Singapura adalah F-35B, yang merupakan varian Short Take-Off and Vertical Landing (STOVL).

Varian F-35B STOVL yang dibeli oleh Singapura ini hanya memerlukan landasan yang amat pendek iaitu hanya kira-kira 550 kaki panjang bagi membolehkan pesawat pejuang generasi kelima itu berlepas manakala untuk mendarat pula ia boleh dilakukan secara vertical.

12 buah pesawat F-35B yang diperolehi oleh Singapura itu agak mahal harganya disebabkan keistimewaan STOVL itu, dengan harga per-unit pesawat itu adalah dianggarkan US$110 juta (RM) sebuah.

Ia berbanding dengan harga per-unit bagi varian F-35A yang memerlukan landasan untuk berlepas dan mendarat yang dianggarkan sebanyak US$80 juta (RM).

F-35B STOVL

Manakala varian terkini F-35C adalah khusus untuk operasi di kapal-kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat dan bakal menggantikan pesawat F/A-18C/D.

Mengapa Singapura memilih varian F-35B STOVL?  Mengapa ia tidak memilih varian F-35A..

Singapura sedar sebagai sebuah negara pulau dengan saiz daratan yang terhad, ia memerlukan pesawat pejuang yang tidak menggunakan landasan konvensional yang panjang sebagaimana yang digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang negara itu yang lain.

Pesawat-pesawat Tentera Udara Republik Singapura yang lain iaitu 60 buah F-16 dan 40 buah F-15SG memerlukan landasan konvensional untuk berlepas dan mendarat.

F-35B STOVL
Pesawat F-35B STOVL mendarat pada waktu malam.

 

Disebabkan kepesatan pembangunan ekonomi, Pangkalan Udara Paya Lebar akan ditutup selepas tahun 2030 untuk dibangunkan dengan dengan aktiviti ekonomi manakala aset-aset tentera udara negara itu dipindahkan ke Pangkalan Udara Tengah dan Pangkalan Udara Changi.

Selepas tahun 2030, Singapura hanya memiliki dua pengkalan udara.

Itulah dilemma yang dihadapi oleh pihak tentera Singapura, kekangan tanah untuk aktiviti ketenteraan sehingga menyebabkan aset-asetnya diletakkan di beberapa negara luar termasuk Amerika Syarikat dan Australia serta Brunei untuk tujuan latihan dan lain-lain.

Malah bermula daripada tahun 2029, pesawat-pesawat tentera Singapura akan berlatih di Pangkalan Tentera Amerika di Guam.

F-35B STOVL

Perancang-perancang tentera Singapura sedar apabila konflik ketenteraan meletus melibatkan negara pulau itu, landasan-landasan kapal terbang di republik itu bakal menjadi sasaran “musuh” dalam usaha untuk melumpuhkan operasi tentera udara negara itu.

Pemilihan varian F-35B STOVL oleh Singapura itu merupakan keputusan yang strategik kerana ia memberikan opsyen yang luas kepada perancang tentera negara itu kerana pesawat pejuang itu boleh beroperasi daripada mana-mana kedudukan tanpa memerlukan landasan konvensional untuk berlepas dan mendarat.

Dari mana-mana kedudukan di Singapura, pesawat-pesawat pejuang F-35B boleh melancarkan serangan terhadap kedudukan musuh walaupun Pangkalan Udara Tengah dan Changi itu berjaya dilumpuhkan dalam serangan.

Keputusan Singapura memilih F-35B STOVL itu juga memaksa “musuh-musuhnya” untuk mencari jalan paling berkesan untuk melumpuhkan tentera udaranya.

F-35B STOVL

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Dahulu, jika memusnahkan landasan kapal terbang sudah cukup untuk melumpuhkan operasi Tentera Udara Singapura, kini dengan adanya pesawat-pesawat pejuang F-35B STOVL usaha melumpuhkan operasi tentera udara republik itu semakin sukar.  

Bagi “musuh-musuh” Singapura, mereka kena cari cara jalan lain bagaimana hendak melumpuhkan operasi Tentera Udara Singapura kerana memusnahkan landasan sama ada di Pangkalan Udara Tengah atau di Pangkalan Udara Changi “sudah tak boleh pakai lagi.”

Selepas 12 buah F-35B STOVL, Singapura mungkin memilih semua pesawat pejuang untuk memiliki keistimewaan STOVL. — DSA

 

Comments are closed.