Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Perang Russia “Kejar”,”Halau” Kapal Selam Amerika Di Pasifik

Moscow menuduh Washington melanggar undang-undang antarabangsa dan menimbulkan ancaman keselamatan pada ketika ketegangan hubungan di antara kedua-dua negara pada ketika ini berhubung isu Ukraine, dengan perang boleh meletus pada bila-bila masa.

0 2,944

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Russia mendakwa kapal frigetnya, Marshal Shaposhnikov terpaksa “mengejar” dan “menghalau” sebuah kapal selam Amerika Syarikat yang melakukan aktiviti ketenteraan di dalam perairannya di Pasifik.

Ia berkata, insiden mencemaskan semalam itu berlaku di kawasan perairannya di Kepulauan Kuril,berhampiran dengan Jepun.

Moscow menuduh Washington melanggar undang-undang antarabangsa dan menimbulkan ancaman keselamatan pada ketika ketegangan hubungan di antara kedua-dua negara pada ketika ini berhubung isu Ukraine.

Moscow dan Washington boleh melancarkan antara satu sama lain berkenaan isu Ukraine pada bila-bila masa ketika ini.

Kementerian Pertahanan Russia mendakwa kapal selam Amerika Syarikat itu tidak mengendahkan arahan daripada kapal perang miliknya supaya timbul di permukaan.

Marshal Shaposhnikov
Kapal friget Marshal Shaposhnikov.

 

Kapal selam Amerika Syarikat itu dipercayai daripada jenis kelas-Virginia yang berkuasa nuklear yang memiliki berat di antara 8,700 tan hingga 12,000 tan dan membawa peluru berpandu kruis “Tomahawk” serta torpedo.

Krew kapal friget, Marshal Shaposhnikov itu terpaksa menggunakan “ beberapa cara” yang tidak didedahkan untuk memaksa kapal selam Amerika Syarikat itu supaya meninggalkan kawasan perairan Russia.

“Kapal selam Amerika Syarikat itu telah meninggalkan perairan Russia dalam kelajuan maksimum,” kata Kementerian Pertahanan Russia itu.

Marshal Shaposhnikkov
Kapal perang Marshal Shaposhnikov ketika melancarkan peluru berpandu “Kalibr.”

 

Pihak tentera Russia mengesan kehadiran kapal selam Amerika Syarikat semalam berhampiran Kepulauan Kuril dipercayai untuk mengintip latihan tentera laut yang sedang dilaksanakan oleh aset-aset laut Armada Pasifik Russia di perairan berhampiran.

Kerajaan Russia telah bertindak untuk memanggil atase pertahanan Amerika Syarikat di Moscow bagi menyampaikan bantahan Moscow berhubung insiden pencerobohan kapal selam negara itu di perairan Kepulauan Kuril itu.

Di dalam reaksi balasnya, Washington menafikan bahawa kapal selam melaksanakan aktiviti tentera di dalam perairan Russia, sebagaimana didakwa oleh Moscow.

Marshal Shaposhnikov
Lokasi insiden di Kepulauan Kuril.

 

“Tidak ada kebenaran terhadap dakwaan oleh Russia tentang aktiviti kami di dalam perairan miliknya itu,” kata jurucakap tentera Amerika Syarikat, Kapten Kyle Raines dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.

Menurut beliau lagi, adalah sesuatu yang biasa bagi Amerika Syarikat untuk memantau aktiviti ketenteraan sesebuah negara tanpa perlu memasuki perairan miliknya.

Kapal friget, Marshal Shaposhnikov adalah perang kelas-Udaloy yang kini beroperasi di bawah pemerintahan Armada Pasifik Tentera Laut Russia.

Virginia
Kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia milik Tentera Laut Amerika Syarikat.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Ia adalah sebuah kapal friget pelbagai guna yang berkeupayaan menangani ancaman di daratan, perairan dan bawah permukaan (underwater).

Kapal sepanjang 163 meter dan seberat 6,200 tan itu mula memasuki perkhidmatan tentera laut negara itu pada 1985 dan pada 1997 telah menjalani kerja-kerja menaiktaraf melibatkan sistem persenjataan serta sensornya.

Kapal friget Marshal Shaposhnikov itu dilengkapi dengan 16 sel pelancar bagi peluru berpandu kruis “Kalibr”, lapan peluru berpandu anti-kapal “Uran” dan peluru berpandu anti-pertahanan udara “Kinzhal” serta pelbagai jenis meriam.

Virginia
Kapal selam kelas-Virginia.

 

Kapal friget itu dikatakan bakal dilengkapi dengan peluru berpandu Hypersonic, “Tsirkon.”

Dengan krew seramai 300 orang, kapal perang Marshal Shaposhnikov boleh beroperasi sejauh 10,500 batu nautika dengan kelajuan 14 knot. — DSA

Comments
Loading...