Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Jepun Bakal Laksana Ujian Penerbangan Pesawat F-35B Dari Kapal “JS Izumo” Akhir Tahun Ini

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pertahanan Jepun Nabuo Kishi sebagaimana dipetik oleh stesen televisyen negara itu, NHK.

2,889

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jepun akan memulakan ujian penerbangan dan pendaratan pesawat pejuang F-35B Lightning II daripada atas kapal Landing Helicopter Dock (LHD) milik tentera lautnya,  “JS Izumo” bermula daripada akhir tahun ini, suatu perkembangan yang sudah semestinya tidak disenangi oleh China yang menuduh Jepun cuba kembali ke era Perang Dunia Kedua.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pertahanan Jepun Nabuo Kishi sebagaimana dipetik oleh stesen televisyen negara itu, NHK.

Dengan bermulanya ujian penerbangan dan pendaratan itu, ia akan menjadikan rancangan Jepun untuk mengubahsuai dua buah kapal LHD- kelas Izumo iaitu JS Izumo dan JS Kaga untuk menjadi kapal pengangkut pesawat ringan atau “ mini aircraft carrier” semakin menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, berita bahawa Jepun akan memulakan ujian penerbangan pesawat F-35B STOVL daripada atas dek penerbangan JS Izumo itu mungkin tidak akan menyenangkan China, yang sememangnya tidak suka sekirannya Tokyo memiliki kemampuan pesawat pengangkut.

China mendakwa sekiranya Jepun memiliki kapal pengangkut pesawat, ia hanya mengesahkan sangkaannya bahawa Tokyo mempunyai cita-cita untuk kembali menjadi kuasa tentera sebagaimana pada Perang Dunia Kedua.

Itu yang menakutkan China disebalik langkah Jepun mengubahsuai kapal JS Izumo dan JS Kaga.

Pesawat F-35B Lightning merupakan pesawat Short Take Off and Vertical Landing (STOVL) yang membolehkan ia beroperasi daripada atas kapal yang memiliki landasan yang pendek.

Kerja-kerja pengubahsuaian kapal LHD “JS Izumo” untuk menjadi kapal pengangkut pesawat telah pun bermula sejak 2018 oleh syarikat Japan Marine United (JMU) di limbungan kapal di Yokohama.

Panjang kapal LHD-kelas Izumo ini adalah kira-kira 240 meter manakala beratnya pula adalah sekitar 24,000 tan.

Baru-baru ini, gambar terbaru kapal, “JS Izumo” menunjukkan bahawa Jepun usaha mengubahsuai kapal itu menjadi kapal-kapal pengangkut pesawat berjalan lancar.

F-35B
Pesawat-pesawat F-35B beroperasi daripada atas kapal HMS Queen Elizabeth.

 

Flight deck kapal seberat 24,000 tan itu kini telah memiliki tanda-tanda (markings) bagi penempatan pesawat-pesawat F-35B STOVL yang bakal dimiliki oleh Jepun.

Jepun telah pun memesan sebanyak 105 buah pesawat F-35 untuk kegunaan tentera udaranya, dengan kira-kira 42 adalah di dalam versi F-35B STOVL.

Menteri Pertahanan Jepun itu telah memberitahu tahu bahawa ia akan menempatkan pesawat-pesawat generasi ke-lima di pangkalan udara di selatan Jepun iaitu di Pulau Kyushu bagi membolehkan ia menangani pencerobohan pesawat dan kapal-kapal China di sekitar Kepulauan Senkaku.

Beliau berkata antara calon utama penempatan pesawat-pesawat F-35 itu adalah Pangkalan Udara Nyutabaru di Miyazaki Prefecture di Kyushu.

JS Izumo
Kedua-dua kapal LHD JS Izumo dan JS Kaga

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...